Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Meta PM

Dakwa ‘Kesilapan Operasi’, Meta Kembalikan Semula Hantaran PM

Diterbitkan Ogos 6, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 7, 2024 oleh Amalina Athman

Meta Platforms (Meta) menyatakan permohonan maaf susulan tindakan platform itu menurunkan hantaran media sosial Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertarikh 14 Mei dan 31 Julai.

Menerusi Reuters, jurucakap Meta berkata syarikat itu memohon maaf atas “kesilapan operasi”, sambil menambah bahawa kandungan itu telah dipulihkan dengan label yang betul.

Di Facebook, ketiga-tiga hantaran bertarikh 31 Julai (1, 2, 3) itu kini dikembalikan semula dan dilabelkan sebagai “Siaran ini dibenarkan untuk kesedaran awam.”

https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/1026282912460753/

Sementara siaran yang sama di Instagram (1, 2, 3) dilabelkan dengan “Siaran ini bertentangan dengan Garis Panduan Komuniti kami tetapi telah ditinggalkan di Instagram untuk kesedaran orang ramai.”

Dakwa ‘Kesilapan Operasi’, Meta Kembalikan Semula Hantaran PM
Dakwa ‘Kesilapan Operasi’, Meta Kembalikan Semula Hantaran PM

Dalam perkembangan lain, Pejabat Perdana Menteri melalui pertemuan pada Isnin telah menuntut beberapa perkara, termasuk penjelasan terperinci berhubung tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak Meta, serta permohonan maaf secara terbuka daripada Meta.

Pihak Meta turut berjanji akan mengeluarkan satu kenyataan media dalam masa terdekat.

Berkaitan

  • Platform Media Sosial, Pemesejan Dengan Minimum 8 Juta Pengguna Perlu Mohon Lesen Mulai 1 Ogos
  • Pengguna Tidak Akan Terkesan Dengan Kerangka Kawal Selia Perkhidmatan Media Sosial - MCMC
  • Ini Sebab Kenapa Kerajaan Wujudkan Lesen Pemberi Perkhidmatan Internet Dan Media Sosial
  • Meta Jumpa PMO Hari Ini Isu Turunkan Hantaran PM Berkaitan Palestin

Sumber: Reuters, Pejabat Perdana Menteri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY