Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
spec Apple Car

Curi Data Sulit Apple Car, Bekas Jurutera Apple Mengaku Bersalah

Diterbitkan Ogos 23, 2022 oleh Amalina Athman

Xiaolang Zhang, bekas pekerja Apple yang dituduh mencuri data sulit dengan rahsia perdagangan Apple Car, mengaku bersalah di mahkamah persekutuan di San Jose pada Isnin.

Memetik laporan CNBC, Zhang berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan jenayah mencuri rahsia perdagangan.

Sebagai jurutera perkakasan, Zhang pertama kali diupah oleh Apple pada Disember 2015 untuk mengusahakan Project Titan, di mana ia membangunkan perisian dan perkakasan untuk kenderaan autonomi.

Berkaitan

  • Seorang Lagi Pengurus Atasan Tinggalkan Projek 'Apple Car'
  • Tuntutan Mahkamah Selesai, Apple Perlu Bayar Lebih RM133 Juta Kepada Pekerja

Pada 2018, Zhang telah ditangkap di lapangan terbang San Jose, ketika cuba untuk melarikan diri ke China. Zhang didakwa memuat turun fail dalaman yang berkaitan projek kereta syarikat itu, di mana dokumen dengan 25 halaman berkenaan melibatkan skema kejuruteraan papan litar untuk kenderaan autonomi. Zhang juga dituduh mengambil manual rujukan dan PDF yang menerangkan prototaip dan keperluan prototaip Apple.

Selain penjara 10 tahun, Zhang mungkin perlu membayar denda sehingga $250,000 (~RM1.12 juta), dengan hukuman dijadualkan pada November ini.

Sumber: CNBC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY