Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
apple car

Seorang Lagi Pengurus Atasan Tinggalkan Projek ‘Apple Car’

Diterbitkan Mei 26, 2022 · Dikemas kini Mei 26, 2022 oleh Nadiah Ab

Ekoran khabar berita tentang projek ‘Apple Car’ yang mungkin tiada tingkap, Apple kehilangan seorang lagi pengurus atasan dalam projek tersebut.

Bekas pengurus Apple, Christopher “CJ” Moore dilaporkan akan meninggalkan Apple untuk ke syarikat Luminar Technologies, selepas hanya tujuh bulan bersama Apple.

Hal ini menjadi salah satu kes terpantas pertukaran pekerja peringkat atasan, yang menimbulkan banyak persoalan terhadap perkembangan projek ini.

Malah, menurut Bloomberg, hampir semua jawatan tertinggi dalam projek ‘Apple Car’ dikhabarkan telah dikosongkan.

Sementara beberapa jawatan ini telah diisi oleh bekas pekerja industri automotif, pergolakan itu tidak menunjukkan petanda baik untuk projek yang juga dikenali sebagai ‘Project Titan’.

Moore sebelum ini pernah bekerja untuk Tesla sebagai pengarah dan jurutera perisian Autopilot terlebih dahulu.

Ia juga tidak diketahui mengapa Moore bertindak meniggalkan Apple untuk Luminar, di mana dia akan berkhidmat sebagai peneraju global pembangunan perisian untuk syarikat lidar itu.

Sumber: The Verge

Baca juga:

  • Kereta Apple Mungkin Tiada Tingkap
  • iPhone 14 Pro Barangkali Hadir Dengan Ciri Paparan Kekal Selepas Apple Watch
  • Proton smart #1 Dilancar Tahun 2023, Kereta Elektrik Tempatan Pertama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY