Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PDRM Nasihat Pengguna Android Hati-Hati Dengan Fail (.APK) Jemputan Kahwin

PDRM Nasihat Pengguna Android Hati-Hati Dengan Fail (.APK) Jemputan Kahwin

Diterbitkan Jun 4, 2024 ยท Dikemas kini Jun 4, 2024 oleh ariff bukhari

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan taktik penipuan yang digunakan oleh penjenayah siber bagi menggodam telefon pintar pengguna dengan menyebarkan mesej jemputan perkahwinan melalui fail aplikasi (APK) yang tanpa disedari pengguna ia ditanam bersama perisian hasad di dalamnya.

PDRM menyatakan, hasil siasatan mereka mendapati, mesej jemputan perkahwinan tersebut biasanya akan dihantar oleh penjenayah yang menyamar sebagai kenalan mangsa.

Sekiranya mangsa memuat turun dan memasang aplikasi itu, penjenayah akan memperoleh akses penuh terhadap telefon mangsa tanpa disedari.

Akibatnya, penggodam mengakses bagi mencuri data hingga mengakibatkan mangsa kerugian wang ringgit.

PDRM juga memaklumkan, mereka percaya penjenayah menyasarkan mangsa mereka yang kurang pengetahuan berkaitan teknologi.

Sehubungan itu, PDRM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak memuat turun sebarang fail aplikasi (APK) yang diterima melalui mesej, emel atau seumpamanya.

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • 5 'Dashcam' Terbaik Yang Diiktraf MIROS Untuk Kereta Anda
  • Anda Kini Boleh Daftar MyDigital ID Di Cawangan Tealive

Sumber: JSJK PDRM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY