Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CS2 reload

CS2 Kini Lebih Realistik, Lelopak Dibuang Terus Kalau Anda ‘Reload’ Awal

Diterbitkan Mac 27, 2026 · Dikemas kini Mac 27, 2026 oleh Amsyar Latif

Bagi peminat setia Counter-Strike 2, tabiat buruk menekan butang reload setiap kali selepas melepaskan satu atau dua das tembakan mungkin perlu dihentikan segera.

Menerusi kemas kini terbaharu, Valve telah memperkenalkan mekanik pengecasan semula peluru yang lebih realistik di mana sebarang baki peluru dalam lelopak (magazine) akan dibuang terus sekiranya anda melakukan reload lebih awal.

Screenshot 2026-03-27 at 4.48.18 PM
Mekanik lama Kredit: 3kliksphilip

Sebelum ini, peluru dalam CS2 akan dikira secara terkumpul bermaksud baki peluru dalam lelopak lama akan disimpan secara automatik ke dalam simpanan peluru anda.

Namun sekarang, kelopak tersebut akan dianggap sebagai sampah dan jika ia masih berbaki 20 biji peluru semasa anda menekan butang reload, kesemua peluru itu akan hilang begitu sahaja.

Screenshot 2026-03-27 at 4.49.28 PM
Mekanik baru kredit: 3kliksphilip

Valve menyatakan bahawa langkah ini dibuat untuk memberikan impak yang lebih besar kepada pemain kerana setiap keputusan untuk mengisi semula peluru kini memerlukan pertimbangan yang teliti, terutamanya dalam situasi cemas.

Selain mekanik tersebut, kemas kini ini turut membawakan beberapa perubahan lain termasuk pengenalan peta klasik yang telah diberikan nafas baharu serta penambahbaikan pada sistem audio untuk memberikan kesan bunyi yang lebih tepat mengikut persekitaran.

Perubahan mekanik peluru ini dijangka akan mengubah cara permainan secara drastik terutamanya bagi senjata yang mempunyai kapasiti lelopak yang kecil.

Selepas ini, pengurusan peluru akan menjadi antara kemahiran utama yang membezakan pemain pro dan pemain biasa dalam arena CS2.

Mungkin permainan lain boleh mengikut jejak langkah CS2 memandangkan tabiat cepat ‘reload’ walaupun satu das tembakan kerap dilakukan tidak kira dalam PUBG, Call of Duty, Valorant dan banyak lagi.

Berkaitan

  • Kajian: Pemain 'Counter-Strike' Bertindak Lebih Pantas Dalam Buat Keputusan
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • 'Game' Nintendo Switch 2 Sah Ada Beza Harga Antara Versi Digital & Fizikal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY