Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article (2)

ROG Phone 6 Tampil Dengan Edisi Terhad MLBB, Dijual Pada Harga RM2299

Diterbitkan Oktober 12, 2023 · Dikemas kini Oktober 12, 2023 oleh Muhd Idham

Republic of Gamers (ROG) mengumumkan ROG Phone 6 yang bertemakan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) edisi terhad; khas untuk memperingati kerjasama selama 2 tahun antara ROG dan MOONTON Games, dan ROG sebagai penaja rasmi Mobile Legends: Bang Bang M5 World Championship 2023.

Featured Image – Wiser Article

Ia juga disertakan bersama kotak hadiah eksklusif bernilai lebih RM788 (Yu Zhong Devilcase), pemegang lencana MLBB, kain pembersih MLBB, dan penyejuk AeroActive 6.

Rekaan panel belakang ROG Phone 6 MLBB M5 Edisi Terhad ini menampilkan watak MLBB iaitu Yu Zhong.

Featured Image – Wiser Article (3)

Dari segi spesifikasi, ia dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dengan skrin berkadar segar semula 165Hz. Disertakan juga 12 GB memori LPDDR5, storan 256GB, sistem penyejukan berteknologi tinggi, bateri 6000 mAh dengan pengecasan pantas 65W dan kawalan AirTrigger 6.

Harga dan ketersediaan ROG Phone 6 MLBB M5 Edisi Terhad 

  • RM 2299 – 12GB RAM / 256GB
  • Boleh mula didapati di semua pengedar sah ROG dan saluran dalam talian ASUS eStore, Shopee dan Lazada bermula hari ini, 12 Oktober 2023.

Tambahan lagi, 500 pembeli terawal akan layak menerima 500 MLBB Diamond.

{suggest}

Sumber: Media Siaran Republic of Games

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY