Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OnePlus 9 Pro

Mulai Tahun 2022, OnePlus Akan Guna Sistem Operasi Gabungan OxygenOS Dan ColorOS

Diterbitkan September 21, 2021 oleh Amsyar Latif

CEO OnePlus dan juga OPPO Pete Lau telah menyatakan OnePlus kini memasuki fasa kedua atau OnePlus 2.0 dimana gabungan OPPO dengan OnePlus akan memberikan sesuatu.

Melaluinya, persoalan yang bermain difikiran peminat selama ini sudah terjawab kerana peranti OnePlus bakal menjalankan sebuah sistem operasi baharu atau gabungan (unified operating system).

Mulai Tahun 2022, OnePlus Akan Guna Sistem Operasi Gabungan OxygenOS Dan ColorOS

Perkara ini juga terjadi disebabkan pembangun OxygenOS dan ColorOS sudah berada di bawah satu bumbung. Menerusinya, ia akan disesuaikan khusus buat peranti OnePlus akan datang, iaitu bermula tahun 2022.

Bermakna, sistem operasi gabungan itu bakal menawarkan sebuah sistem yang lebih ringan, lancar dan hadir dengan pelbagai fungsi. Oleh itu, telefon andalan yang mungkin dinamakan OnePlus 10 adalah pertama menjalankan sistem operasi tersebut. Kemudian peranti lain turut akan menerima kemas kini itu kelak.

Tambahan lagi, OnePlus juga akan meneruskan lagi dalam penawaran kamera pada telefon andalan mereka menerusi kerjasama Hasselblad seperti sensor baharu, lensa dan teknologi bagi meningkatkan kualiti gambar.

Sumber: OnePlus

Baca juga:

  • OPPO Mengumumkan ColorOS 12, Ini Ciri Baharu Dan Peranti Menyokongnya
  • Selepas Bergabung Dengan OnePlus, OPPO Membuang Pekerja Mereka
  • Dua Telefon Dibuang Dari Senarai Geekbench, Ini Respon Dari OnePlus

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY