Khabar angin tentang penggabungan OxygenOS dan ColorOS untuk Android 13 bukan lagi asing dalam kalangan peminat teknologi terutamanya peminat OnePlus. Ia bukan hanya ura-ura tetapi disahkan sendiri oleh kedua-dua syarikat.
Berita ini nyata bukan perkara yang disambut baik kerana ramai tahu kekuatan utama pada OnePlus ialah sistem operasinya sendirinya iaitu OxygenOS yang ringan, hampir kepada stock Android namun mempunyai ciri tambahan.
Terkini, Pete Lau mengesahkan bahawa OnePlus akan terus menggunakan OxygenOS berdasarkan maklum balas diterima daripada komuniti. Jelas beliau lagi, kedua-dua OxygenOS dan ColorOS akan menggunakan kod asas yang sama namun tidak akan digabungkan di bawah satu nama seperti diumumkan sebelum ini.
Pengasingan antara kedua-dua antara muka ini akan diteruskan seperti sedia kala namun dengan codebase yang sama, kemas kini dapat dilepaskan dengan lebih cepat dengan kualiti yang lebih baik.
OxygenOS yang dulunya dijulang ramai mula dikritik peminat apabila dilihat berubah menjadi mirip seperti OneUI dalam beberapa kemas kini sebelum ini.
Beberapa minggu lalu, JerryRigEverything melakukan ujian fizikal pada OnePlus 10 Pro dan peranti tersebut didapati patah dengan mudah apabila dibengkokkan.
Sumber: Forum OnePlus
Baca juga: