OPPO secara rasmi melancarkan model terbaru mereka untuk siri Find iaitu OPPO Find X5 dan OPPO Find X5 Pro. Dikuasakan Snapdragon 8 Gen 1 bersaiz 4nm, OPPO Find X5 Pro juga dilengkapi cip daripada OPPO iaitu MariSilicon X untuk pemprosesan gambar yang lebih baik.
Dengan bateri sebesar 5,000mAh, OPPO juga menyertakan sebuah ciri dinamakan Battery Health Engine untuk menjamin jangka hayat bateri yang lebih panjang sehingga 1,600 kitaran pengecasan. Telefon ini menyokong SUPERVOOC 80W yang mengambil masa 12 minit untuk memenuhkan bateri dari 0% ke 50% dan AIRVOOC 50W yang mengambil 47 minit untuk 100% melalui pengecasan tanpa wayar.
Dengan Hasselblad Natural Colour Calibration dalam mod Pro, pengguna dapat menghasilkan gambar dengan warna semula jadi yang ikonik. Ia juga membawakan gaya dan profil warna profesional ke fotografi telefon pintar.
Untuk paparan, skrin AMOLED bersaiz 6.7 inci melengkungnya datang dengan resolusi WQHD+, 100% liputan gamut warna P3 dan 10-bit. Tidak ketinggalan, siri ini turut menyokong rangkaian 5G.
Tarikan pada siri Find pastinya pada kamera. Menjadi model sulung untuk kerjasama OPPO dan Hasselblad, ia turut dibantu oleh cip neural MariSilicon X yang memberikan hasil gambar dengan warna semula jadi, terang dan tajam walau dalam keadaan bercahaya rendah.
Tiga kamera disertakan iaitu dua sensor 50MP IMX766 bagi sudut lebar dan ultra lebar dan sebuah lagi 13MP untuk telefoto.
Kamera ultra lebar padanya mempunyai sistem OIS dengan lima paksi dan membolehkan OPPO Find X5 merakam video malam dengan kualiti tinggi dalam 4K melalui ciri 4K Ultra Night Video.
Untuk kamera hadapan, ia menggunakan sensor IMX709 yang mampu mengambil swafoto dalam sudut 90 darjah.
ColorOS 12.1 disertakan pula tampil untuk memberikan pengguna keselamatan dan privasi yang lebih ketat dengan pengiktrafan daripada ISO, ePrivacy, and TrustArc
Untuk versi Pro ini juga, ia mempunyai pengiktirafan IP68 di mana OPPO Find X5 Pro tahan percikan, air dan debu.
Untuk OPPO Find X5 pula, antara perbezaannya ialah penggunaan Snapdragon 888, bateri 4,800mAh, skrin bersaiz 6.5 inci 120Hz, ketiadaan IP68 dan pengecasan tanpa wayar AIRVOOC 30W.
Bagaimanapun, SUPERVOOC 80W dan modul kameranya masih sama seperti yang digunakan pada model Pro.
OPPO Find X5 datang dengan 2 warna iaitu hitam dan putih bersama kaca frosted untuk panel belakang dengan kemasan matte yang tidak meninggalkan kesan cap jari.
Oppo Find X5 Pro akan dijual pada harga sekitar RM6,110 (€1,299) dan Oppo Find X5 pula sekitar RM4,700 (€999) untuk beberapa pasaran tertentu. OPPO Malaysia masih belum memberikan kenyataan bilakah ia akan masuk ke pasaran tempatan.
Sumber: Siaran Akhbar OPPO
Baca juga: