Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ciri ‘Reactions’ Di WhatsApp Kini Tersedia Secara Rasmi Untuk Semua Pengguna

Ciri ‘Reactions’ Di WhatsApp Kini Tersedia Secara Rasmi Untuk Semua Pengguna

Diterbitkan Mei 6, 2022 · Dikemas kini Mei 6, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Eksperimen ciri memberi reaksi seumpama di Facebook rasanya bukan lagi satu rahsia di WhatsApp.

Bagi yang mengikuti rapat perkembangan ciri baharu yang diuji pada versi Beta, anda pastinya tidak hairan dengan pengenalan ciri ini untuk semua pengguna.

Mark Zuckerberg di akaun Facebook-nya telah mengumumkan ciri memberi reaksi dalam perbualan di WhatsApp sudah dilepaskan untuk kesemua pengguna mulai semalam, 5 Mei 2022.

Untuk menggunakannya, kemas kini WhatsApp anda ke versi terkini.

Kemudian, anda hanya perlu tekan pada sesebuah mesej dalam chat buat beberapa saat dan 6 emoji akan tersedia. Ia sama seperti yang hadir di Facebook.

WhatsApp dah boleh react message ? siapa yang dry texter xtau nak reply apa tu boleh la react je tak reply tanpa rasa bersalah lepas ni ??? pic.twitter.com/B1ipVg6UXP

— ?? ميرذا مصطفى ?? (@mirzamustafa3) May 6, 2022

Melalui tinjuan kami, sesetengah pengguna di Malaysia sudah menerimanya namun sebahagian lain masih tertunggu-tunggu.

Usah risau, ini bermakna ia akan tersedia dalam beberapa hari lagi.

whatsapp reactions malaysia
Sumber: Mirza Mustafa

Berita baiknya, sebuah lagi ciri iaitu kemampuan kumpulan WhatsApp untuk menampung sehingga 512 peserta sudah pun dapat dinikmati pengguna tempatan.

Jadi, apakah anda sudah menerimanya dan gemar dengan ciri baharu ini?

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY