Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Stories_2

Akhirnya, Telegram Akan Turut Perkenal Ciri Stories Pada Julai Ini

Diterbitkan Jun 28, 2023 · Dikemas kini Jun 28, 2023 oleh Amalina Athman

Mula dipopularkan di SnapChat, ciri Stories telah ditawarkan pada hampir semua platform media sosial. Terbaharu, Telegram mengumumkan ciri Stories akan dilancarkan di aplikasi pemesejan itu pada Julai nanti.

Berkaitan

  • Cara Padam Akaun Telegram Buat Selama-Lamanya
  • Ini Makna Setiap Jenis "Last Seen" Di Telegram

CEO Telegram Paul Du Rove berkata ciri berkenaan telah mendapat permintaan tinggi daripada pengguna. Bagi melakukan inovasi kepada format sedia ada, Telegram akan melancarkan Stories tidak lama lagi.

Berikut adalah enam aspek yang akan digunakan pada Stories di Telegram kelak:

Telegram Stories_1

  • Privasi: Pengguna boleh menetapkan siapa yang boleh melihat setiap story yang dimuat naik sama ada semua orang, hanya kenalan (dengan pengecualian), sebilangan kenalan yang dipilih atau senarai Close Friends.
  • Sokongan dua kamera: Terdapat pilihan untuk memuat naik gambar dan video yang diambil oleh kamera hadapan dan belakang secara serentak.
  • Pilihan untuk tetapkan tempoh ketersediaan Story – 6, 12, 24 atau 48 jam, atau kekalkan pada halaman profil.
  • Fleksibiliti – Pengguna boleh menyembunyikan Story yang disiarkan oleh mana-mana kenalan. Ia akan dialihkan ke senarai ‘Hidden‘ dalam bahagian Contacts dan bukannya skrin utama.
  • Kapsyen
  • Compact UI

Buat masa ini, ciri Stories di Telegram dalam fasa akhir pengujian dan dijangka akan tersedia pada awal Julai depan.

Sumber: Du Rove Channel Telegram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY