Apple hari ini mengumumkan tvOS 26 yang membawa reka bentuk baharu dan lebih imersif untuk Apple TV, menjadikan pengalaman menonton lebih menarik dan mudah.
Reka Bentuk Liquid Glass

tvOS 26 memperkenalkan reka bentuk baharu dengan elemen “Liquid Glass” yang mencerminkan dan membiaskan persekitaran secara masa nyata.

Reka bentuk ini memastikan kandungan kekal menjadi fokus utama walaupun ketika melaras audio, menetapkan pemasa tidur, atau mengaktifkan mod “Movie Night” dalam Control Center.
Apple TV App Baharu

Aplikasi Apple TV direka semula dengan poster seni sinematik yang cantik serta menyokong lebih banyak paparan kandungan, memudahkan pengguna menemui rancangan dan filem baharu.
Profil Lebih Pintar

Kini pengguna boleh menetapkan Apple TV untuk memaparkan profil mereka secara automatik apabila dihidupkan, membolehkan akses pantas ke senarai tontonan dan senarai main dalam Apple Music.
Pendaftaran Aplikasi Lebih Mudah
tvOS 26 memperkenalkan API baharu yang membenarkan log masuk aplikasi dipautkan terus kepada Akaun Apple, memudahkan pengguna log masuk ke aplikasi kegemaran mereka, terutamanya apabila mempunyai peranti baharu.
Apple Music Sing Dipertingkat

iPhone kini boleh digunakan sebagai mikrofon untuk Apple TV, membolehkan suara pengguna diperkuat semasa sesi karaoke.
Pengguna juga boleh berinteraksi menggunakan emoji di skrin dan menikmati lirik masa nyata bersama kesan visual. Fungsi terjemahan dan sebutan lirik turut diperkenalkan untuk membantu menyanyi dalam pelbagai bahasa.
FaceTime Lebih Peribadi dan Pelbagai Bahasa
FaceTime kini menyokong Contact Posters untuk memaparkan nama dan gambar kenalan. Live Captions juga kini menyokong lebih banyak bahasa termasuk Perancis, Jerman, Jepun, Korea, Mandarin, dan Sepanyol.
Notifikasi panggilan audio FaceTime dan telefon juga akan dipaparkan untuk profil aktif.
Screen Saver Baharu dari India

Pengguna boleh menikmati paparan landskap baharu dari Goa dan Kerala sebagai screen saver. Pengguna juga boleh memilih kategori tertentu seperti Cityscape, Earth, Landscape, atau Underwater.
Tetapan Speaker Kekal untuk AirPlay
tvOS 26 membenarkan pengguna menetapkan pembesar suara yang serasi dengan AirPlay sebagai pembesar suara kekal untuk Apple TV.

Ciri-ciri ini kini tersedia untuk ujian melalui Apple Developer Program, manakala beta awam akan hadir bulan depan. Kemas kini percuma penuh akan dilancarkan musim luruh ini.
