Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Pro 2023

MacBook Pro Baharu Kini Rasmi – Cip M2 Pro Dan M2 Max, 8K HDMI, Sehingga 96GB RAM

Diterbitkan Januari 17, 2023 · Dikemas kini Januari 17, 2023 oleh Amalina Athman

Apple hari ini mengumumkan generasi baharu MacBook Pro 14-inci dan 16-inci yang dikuasakan cip M2 Pro dan M2 Max, sehingga 96GB RAM, sokongan Wi-Fi 6E, naik taraf HDMI dengan sokongan 8K dan lain-lain.

Menyentuh spesifikasi, kedua-dua model hadir dengan skrin Liquid Retina XDR. Dari segi kecerahan sama sahaja dengan 1,000 nits dan maksimum kecerahan 1,600 nits.

MacBook Pro Baharu Kini Rasmi – Cip M2 Pro Dan M2 Max, 8K HDMI, Sehingga 96GB RAM

Cip M2 Pro yang dimuatkan pada MacBook Pro baharu ini dilengkapi 12-teras CPU dan sehingga 19-teras GPU. Pengguna juga mempunyai pilihan untuk menambah sehingga 32GB RAM. Sementara itu, cip M2 Max dimuatkan dengan 12-teras CPU, 38-teras GPU serta konfigurasi sehingga 96GB RAM dan 8TB storan.

Menurut Apple, MacBook Pro baharu ini turut mempunyai ketahanan bateri sehingga 22 jam. Bagi menawarkan sambungan tanpa wayar yang lebih pantas, MacBook Pro didatangkan dengan Wi-Fi 6E, naik taraf HDMI dengan sokongan paparan 8K/60Hz dan 4K/240Hz.

MacBook Pro Baharu Kini Rasmi – Cip M2 Pro Dan M2 Max, 8K HDMI, Sehingga 96GB RAM

Antara lainnya, ia dilengkapi port Thunderbolt 4, slot kad SDXC serta palam pengecas 140W dengan port pengecasan MagSafe 3.

Harga

MacBook Pro 2023_1

Di Malaysia, MacBook Pro 14-inci dan 16-inci masing-masing ditawarkan dengan harga bermula RM8,799 dan RM10,799. Buat masa ini, belum lagi diketahui bila ia akan dijual untuk pasaran tempatan.

Sumber: Apple Newsroom

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
©2026 WISER.MY