Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
cimb niaga

CIMB Niaga Lancar Ejen AI, Sasar Perbankan Lebih Peribadi Buat Jutaan Rakyat Indonesia

Diterbitkan April 15, 2026 oleh Amsyar Latif

PT Bank CIMB Niaga Tbk (CIMB Niaga) dengan kerjasama Google Cloud dan Artefact secara rasmi melancarkan ejen kecerdasan buatan (AI) khusus untuk meningkatkan pengalaman perbankan jutaan rakyat Indonesia.

Melalui kolaborasi ini, kakitangan bank kini dilengkapi dengan alatan AI yang mampu memberikan khidmat nasihat kewangan lebih tepat dan mengikut keperluan unik setiap pelanggan berdasarkan tahap kehidupan mereka.

Dua ejen utama yang diperkenalkan ialah Relationship Manager AI Agent dan Contact Center AI Agent.

Ejen Pengurus Perhubungan bertindak sebagai rakan strategik yang menganalisis sentimen pasaran harian dan trend kewangan untuk membantu perancangan kewangan peribadi pelanggan, seperti pembelian rumah pertama atau pengurusan persaraan.

Sementara itu, ejen Pusat Panggilan pula membantu staf memberikan resolusi pantas semasa interaksi langsung dengan mengakses sistem pengurusan maklumat bank secara masa nyata.

Bagi memastikan keselamatan, kesemua ejen AI ini beroperasi dalam repositori data peribadi yang selamat di wilayah awan Jakarta bagi mematuhi peraturan privasi tempatan.

Teknologi carian semantik yang digunakan membolehkan kakitangan “berdialog” dengan sistem maklumat bank untuk mendapatkan jawapan yang tepat dengan pantas.

Berkaitan

  • Cara 'Remove' Akses CIMB OCTO Dari Peranti Lama Sebelum Tukar Telefon
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Minor Hotels Labur Besar Bina Platform AI Global Bersama Google Cloud

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY