Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CIMB password 12 hour cooling off period

CIMB Kini Kenakan Tempoh 12 Jam Untuk Tetapan Semula Kata Laluan, ID Pengguna

Diterbitkan Julai 4, 2025 · Dikemas kini Julai 4, 2025 oleh Amalina Athman

CIMB Bank kini mengumumkan langkah keselamatan baharu melibatkan proses tetapan semula kata laluan atau ID Pengguna.

Bermula 30 Jun 2025, tempoh bertenang (cooling-off) selama 12 jam akan dikenakan setiap kali pengguna berjaya menetapkan semula kata laluan atau ID Pengguna melalui laman web CIMB Clicks atau aplikasi CIMB OCTO.

Sepanjang tempoh ini, pengguna tidak boleh log masuk atau melakukan transaksi menggunakan laman web CIMB Clicks dan CIMB OCTO.

Menurut CIMB, langkah tambahan ini bertujuan untuk menghalang sebarang akses tanpa kebenaran ke akaun CIMB pengguna.

Pihak bank itu memaklumkan notifikasi akan dihantar melalui aplikasi CIMB OCTO sebaik sahaja tempoh 12 jam tamat dan akses ke akaun akan kembali seperti biasa.

Berkaitan

  • Transaksi Dalam Talian Kad CIMB Guna SecureTAC Sepenuhnya Mulai 18 April
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Penting Untuk Pengguna CIMB - Tiada Lagi SMS Transaksi Mulai 17 Mei
  • CIMB OCTO Tak Akan Sokong OS Lama Mulai 25 Jun – Naik Taraf Sekarang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY