Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CIMB Kata Ralat Pemprosesan Punca Akaun Bank Menjadi Negatif

CIMB Kata Ralat Pemprosesan Punca Akaun Bank Menjadi Negatif

Diterbitkan Januari 27, 2022 oleh Meor Hasyim

Petang tadi kami melaporkan kisah seorang pengguna yang mendapati bahawa beliau terpaksa ‘berhutang’ dengan CIMB dengan jumlah sebanyak RM28 ribu. Apabila ditelaah merata media sosial, rupanya ramai juga yang terkesan dengan isu ini. Malah ada yang lebih banyak nilainya.

Terkini, pihak CIMB telah tampil memberikan kenyataan berhubung kejadian tersebut. Dikatakan ia berpunca dari ralat pemprosesan yang menyebabkan sejumlah pelanggan menerima kredit duplikasi dalam akaun bank mereka.

Melalui New Straits Times, dilaporkan sebanyak 11,000 pengguna CIMB telah mengalami pembekuan akaun sejak dari Isnin dan menerima mesej bahawa mereka perlu membayar ribuan ringgit.

Buat masa ini, CIMB kini sedang menghubungi pelanggan yang terkesan agar mendapat penyelesaian yang sepatutnya.

Jika anda mengalami isu ini, boleh hubungi nombor bank CIMB di talian 03-22956188 untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Sumber: BFM, NST

Baca juga:

  • Duit Entah Datang Dari Mana Masuk Ke Akaun CIMB, Individu Terpaksa Bayar Semula RM28 Ribu
  • Pelan “Hotlink Pantas” Tawar Tempoh Sah Internet Sehingga Setahun, Ganti Hotlink Internet 365
  • Siri Redmi Note 11 Untuk Pasaran Malaysia Akan Tiba 10 Februari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY