Duit Entah Datang Dari Mana Masuk Ke Akaun CIMB, Individu Terpaksa Bayar Semula RM28 Ribu

KEMASKINI: CIMB Kata Ralat Pemprosesan Punca Akaun Bank Menjadi Negatif


Seorang individu melalui profil @pundetaguna kini gusar apabila berhadapan situasi kewangan menyusahkan yang datang dari Bank CIMB Malaysia.

Menurut perkongsian beliau dari rajutan Twitter, pada mulanya beliau menerima mesej dari CIMB yang mengatakan akaun bank beliau akan ditolak dengan sejumlah wang besar bernilai RM28,500.90.

https://twitter.com/pundetaguna/status/1486040924946059264?t=gZBqRopTKK1u0tB5ri2FTg&s=19

Kemudiannya apabila akaun CIMB Clicks dibuka, beliau lebih terkejut kerana terdapat baki negatif sebanyak RM28,490.23 masuk secara tiba-tiba ke dalam akaun Available Balance.



Untuk makluman, untuk kes ini, jika jumlah duit itu berada dalam kurungan untuk Available Balance, ini bermakna beliau berhutang sebanyak RM28,490.23 kepada CIMB.



Beliau kemudiannya telah melaporkan isu ini kepada CIMB dan menurut penjelasan bank berkenaan, transaksi wang berpuluh ribu itu adalah sahih dan beliau perlu membayar semula wang itu, bukannya sekadar glitch atau pepijat.



Melalui penjelasan CIMB, hal ini terjadi akibat duplikasi wang yang dikreditkan ke dalam akaun @pundetaguna, justeru bank akan mendebit semula duit untuk dibayar kepada bank CIMB.

Beliau turut bertanya dari mana datangnya wang berpuluh ribu itu, namun jawapan CIMB semakin menyerabutkan kepala kerana wang itu tidak wujud dalam sejarah transaksi di mana-mana bahagian dalam akaun CIMB beliau.



Secara ringkasnya, wang itu muncul secara tiba-tiba dalam bahagian Available Balance dan beliau terpaksa membayar semula kepada CIMB.



Apa yang agak menarik adalah pihak CIMB turut membincangkan mengenai kaedah pembayaran termasuk juga boleh membayar secara ansuran jika tidak cukup duit untuk membayarnya.



Beliau turut menambah beliau tidak mempunyai transaksi akaun dari kriptowang atau apa-apa akaun lain yang memungkinkan akaun bank beliau untuk mempunyai jumlah sebanyak itu.

Setakat ini isu ini masih lagi belum menemui penyelesaian dan kami di Wiser sendiri pun masih tertanya-apa yang sebenarnya terjadi di sebalik insiden ini.

Mungkin pembaca boleh semak akaun CIMB masing-masing, adakah ada terjadi seperti perkara ini?

Setakat ini kami masih menunggu kenyataan rasmi dari CIMB Malaysia untuk menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi.

Sumber: Manap.exe

Berkaitan