Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hotlink Prepaid Pantas (BM) 270122

Pelan “Hotlink Pantas” Tawar Tempoh Sah Internet Sehingga Setahun, Ganti Hotlink Internet 365

Diterbitkan Januari 27, 2022 · Dikemas kini Januari 27, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Hotlink mengumumkan pelancaran pelan prabayar terbaharu daripada mereka iaitu Hotlink Pantas. Pek permulaan dijual pada harga RM10 dan mempunyai RM5 kredit dalamnya.

Pelan baharu ini menawarkan pas internet dengan tempoh sah sehingga setahun. Pelanggan bagaimanapun perlu membeli ‘add-on’ berharga RM30 jika mahu mendapatkan tempoh sah setahun bagi nombor Hotlink mereka.

Untuk pas internet, Hotlink menawarkan serendah RM30 setahun untuk 20GB. Tempoh sah setahun ini hanya tertakluk pada pas internet.

Hotlink Prepaid Pantas – Pricing table (BM) 270122

Namun, jika anda membeli pek permulaan ini melalui laman web Hotlink, anda boleh mendapatkan pakej bersama pelan iaitu RM25 bersama pas Internet 10GB yang sah selama 365 hari dan pas internet tanpa had dengan kelajuan 3 Mbps dan 6 Mbps yang masing-masing berharga RM40 dan RM50.

Pelanggan yang menggunakan Hotlink 365 sedia ada akan ditukar ke Hotlink Pantas secara automatik. Untuk maklumat lanjut, anda boleh ke laman web Hotlink.

Baca juga:

  • Ericsson Siap Bina Pusat Operasi 5G Di Malaysia Untuk DNB
  • Perbandingan Kelajuan 4G Dan 5G Di Tiga Lokasi Berbeza
  • YES Tawar Kad Sim 5G Percuma Mulai Hari Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY