Perbezaan dengan Chromecast sebelum ini adalah Chromecast kali ini hadir dengan antara muka tersendiri serta alat kawalan jauh.
Dari segi rekaan tidak banyak berbeza. Ia menggunakan sambungan HDMI untuk disambungkan ke TV dan boleh juga melalui USB-C.
Dalaman juga telah dinaik taraf. Kini ia menyokong resolusi 4K pada 60Hz serta sokongan Dolby Vision, HDR10+, dan HDR10.
Alat kawalan jauh yang disertakan pula mempunyai butang akses pantas untuk Google Assistant, YouTube, dan Netflix.
Google TV
Google TV merupakan antara muka baharu yang dibina berasaskan dari Android TV. Google TV ini juga unik kepada Google dan Chromecast sahaja, bermakna pengeluar lain tidak boleh melancarkan TV dengan perisian ini.
Di dalamnya juga terbinanya Google Assistant, YouTube TV. kamera dan loceng pintu dari Nest.
Chromecast with Google TV ini dijual berharga $49 di Amerika Syarikat iaitu sekitar RM203.
Sumber: Google
Berkaitan
- Google Memperkenal Ciri Terjemahan Audio Pada Google Maps
- Google Secara Tidak Sengaja Dedahkan Rekaan Pixel 4a Di Laman Web Mereka
- Ini Merupakan Fungsi Terbaharu Kemaskini Feature Drop Bulan Mac Untuk Google Pixel
- Google Memperincikan Fungsi Ambient Mode Melalui Video
- Google Berkongsi Graf Kepantasan Fungsi "Share" Pada Android 10 Berbanding Pada Android 9
- Cara Efektif Cari Gambar Tanpa Latar Belakang "PNG" Pada Google Image
- Facebook Mengumumkan Ciri Pemindahan Gambar Dan Video Ke Google Photos
- Google Chrome Selepas Ini Akan Lebih Jimatkan Bateri Komputer Mac Anda
- Google Pixel 4a 5G Turut Diumumkan - Varian 5G Untuk Pixel 4a, Sepantas Pixel 5
- Harga Siri Huawei P40 Mungkin Dijual Lebih Rendah Disebabkan Ketiadaan Servis Google