Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Secara Tidak Sengaja Dedahkan Rekaan Pixel 4a Di Laman Web Mereka

Google Secara Tidak Sengaja Dedahkan Rekaan Pixel 4a Di Laman Web Mereka

Diterbitkan Julai 13, 2020 · Dikemas kini Julai 14, 2020 oleh Meor Hasyim

Maklumat mengenai Google Pixel 4a telah ‘dikorek’ sejak berbulan lalu, baik dari segi harga dan spesifikasi. Jika adapun yang masih belum pasti, ia adalah tarikh pelancarannya yang ditunda sejak bulan 5 lalu.

Terbaru tentang peranti tersebut, Google secara tidak sengaja mendedahkan rekaannya secara tidak sengaja di laman web Google Canada. Ia dikatakan secara tidak sengaja kerana imej rekaan itu diletakkan di bahagian Nest Wifi yang terang-terang bukan sebuah peranti pintar.

Google Secara Tidak Sengaja Dedahkan Rekaan Pixel 4a Di Laman Web Mereka

Imej itu bukanlah sesuatu baharu disebabkan kita telah melihat janaan imej dari model 3D pada awal tahun ini. Ia diperlihatkan dengan warna hitam penuh, rekaan modul kamera petak, pengimbas cap jari belakang, serta lubang kamera tunggal pada kamera hadapan.

Google Secara Tidak Sengaja Dedahkan Rekaan Pixel 4a Di Laman Web Mereka

Jika ada sesuatu baharu yang boleh didapati melalui imej ini, ia adalah tarikh pada homescreen yang memaparkan “May 12”. Ini mungkin tarikh pelancaran sepatutnya peranti ini ketika acara Google I/O. Dengan penangguhan pengenalannya, kita masih tidak tahu bilakah tarikh sebenar peranti tersebut.

Imej Pixel 4a ini kemudiannya telah dibuang dan memaparkan imej produk yang betul iaitu Nest Wifi.

Screenshot (52)

Walaupun hanya sebentar sahaja diperlihatkan, apa yang penting ia sedikit sebanyak mengesahkan beberapa spekulasi tentang peranti ini terutamanya dari aspek rekaannya.

Sumber: Google Store Canada

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY