Cards & Passes
Fungsi ini membolehkan pengguna lebih mudah untuk mengakses kad kredit, perbankan, atau tiket yang disimpan dalam peranti hanya dengan menekan butang kuasa. Ia juga boleh menyimpan maklumat lain seperti maklumat perubatan ataupun kenalan yang perlu dihubungi jika berlaku kecemasan.
Fungsi ini tersedia untuk digunakan oleh Pixel 2, 2 XL, 3, 3 XL, 4, dan, 4 XL. Akan tetapi, ia hanya boleh didapati untuk beberapa negara sahaja iaitu US, Kanada, UK, Australia, Jerman, Perancis, Singapura, Taiwan, Sepanyol, Itali, dan Ireland.
Penjadualan Tema Gelap
Kini pengguna mempunyai pilihan boleh menjadualkan bila tema/mod gelap akan diaktifkan selain mengaktifkannya secara manual. Ini sangat berguna terutamanya pengguna yang mahu tema/mod gelap mula diaktifkan ketika waktu senja sehingga malam.
Pixel 2, 2 XL, 3, 3 XL, 4, dan, 4 XL adalah peranti yang akan terlibat.
Kesan AR dalam Google Duo
Untuk peranti Pixel 3, 3 XL, 4, dan 4 XL sahaja pengguna boleh meletakkan animasi di atas muka ketika membuat panggilan video dalam aplikasi Google Duo.
Tambahan Gestur Motion Sense
Motion Sense merupakan fungsi gerakan gestur tangan tanpa menyentuh peranti. Kemaskini ini menambah gerakan baharu seperti 'menyentuh' untuk menghentikan muzik dan menyambungnya kembali.
Car Crash Detection
Untuk negara United Kingdom dan Australia, pengguna di negara tersebut mendapat fungsi yang membolehkan kereta mengesan jika terjadinya pelanggaran dan boleh meminta bantuan serta-merta. Fungsi ini sudah pun tersedia di negara US sebelum ini.
Buat pengguna di Malaysia, disebabkan fungsi ini memerlukan negara dan lokasi spesifik, ia kebiasannya tidak akan disokong di sini.
Fungsi Lain
- Rules - Kebolehan untuk mengaktifkan sesuatu 'peraturan' berpandukan rangkaian Wi-Fi atau lokasi. Sebagai contoh, pengguna boleh menetapkan peranti untuk terus ke mod silent jika mereka masuk kerja dalam pejabat.
- Emoji 12.1
- Tambahan tetapan dalam long-press
- Penambahbaikan kecerahan Adaptive Brightness - Skrin akan lebih cerah ketika di bawah cahaya matahari.
- Peningkatan kualiti swafoto - Tambahan kesan bokeh badan kamera hadapan
- Screenshot pas atau tiket untuk ditambah ke dalam Google Pay - Memudahkan bayaran tiket dibuat. Namun, untuk makluman Malaysia masih lagi belum menyokong Google Pay.
- Live Caption - Untuk Pixel 2 dan 2 XL. Pixel 3, 3 XL, 3a, 3a XL, 4, dan 4 XL sudah ada.
Tidak kesemua fungsi boleh didapati pada setiap peranti Pixel dan juga untuk pengguna di Malaysia. Secara rumusan, hanya siri Pixel 4 sahaja yang akan mendapat kesemua fungsi terbaharu ini.
Kemaskini Feature Drop untuk bulan Mac ini akan dilepaskan secara berperingkat bermula dari 2 Mac ini.
Sumber: Google
Berkaitan
- Chromecast Baharu Google Kini Hadir Dengan Antara Muka Google TV
- Apa Itu Google Play System Update Dalam Telefon Android? Apa Kepentingannya?
- [KEMASKINI - Maksud Sebenar Kenyataan Google] Google Boleh Sekat Akaun Anda Jika Gunakan Adblock Di YouTube
- Google Memperkenal Ciri Terjemahan Audio Pada Google Maps
- Google Pixel 4a 5G Turut Diumumkan - Varian 5G Untuk Pixel 4a, Sepantas Pixel 5
- Akhirnya Google Pixel Dah Sokong VoLTE, Tapi Kena Pakai Telco Yoodo
- Pixel 4a (5G) Dan Pixel 5 Turut Diumumkan, Namun Hanya Hadir Menjelang Hujung Tahun Ini
- HONOR V40 Dijangka Jadi Telefon Pertama Dengan Servis Google Selepas Dijual Huawei
- Google Jual Lebih Banyak Peranti Pintar Berbanding OnePlus Sepanjang Tahun 2019
- Cara Muat Turun Gambar Pemandangan Menakjubkan Google Earth