Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebook Mengumumkan Ciri Pemindahan Gambar Dan Video Ke Google Photos

Facebook Mengumumkan Ciri Pemindahan Gambar Dan Video Ke Google Photos

Diterbitkan Disember 2, 2019 oleh Meor Hasyim

Facebook hari ini mengumumkan pelan untuk melancarkan fungsi baharu tahun hadapan yang akan membenarkan pengguna memindahkan gambar dan video pada akaun Facebook mereka kepada akaun Google Photos.

Facebook menggunakan rangka kerja Data Transfer Project (DTP) untuk fungsi ini. DTP merupakan piawaian terbuka yang digunakan untuk pemindahan maklumat dari satu platform ke platform yang lain.

Data Transfer Platform

DTP ini telah ditubuhkan pada 2017 dan diumumkan secara rasmi pada Julai 2018. Antara ahli yang terlibat dengan penubuhan DTP adalah Facebook, Microsoft, dan juga Twitter. Apple terlibat juga namun hanya beberapa bulan selepas diumumkan.

Fungsi ini sedang diuji untuk pengguna di Ireland. Ia akan tersedia untuk pengguna di seluruh dunia pada awal tahun 2020.

Sumber: Facebook

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY