Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Berkongsi Graf Kepantasan Fungsi “Share” Pada Android 10 Berbanding Pada Android 9

Google Berkongsi Graf Kepantasan Fungsi “Share” Pada Android 10 Berbanding Pada Android 9

Diterbitkan Oktober 29, 2019 oleh Meor Hasyim

Fungsi menu Share merupakan antara ciri menarik Android. Tapi fungsi itu sangat perlahan untuk digunakan sebelum kedatangan Android 10. Dengan kehadiran Android 10, fungsi menu Share telah dirombak semula menggantikan API yang lama dengan yang baharu. Hasilnya fungsi tersebut berkali ganda lebih pantas dari sebelumnya.

Tanya sahaja sesiapa yang menggunakan peranti Android 10 dan mereka pasti akan mengatakan kelajuan fungsi menu Share ini bertambah baik. Selaju manakah berbanding dengan Android 9?

Pengurus Produk di Google, Artur Tsurkan telah berkongsi satu graf memaparkan perbandingan kelajuan fungsi Share pada Android 9 Pie dan Android 10. Graf itu memaparkan peratusan pengguna yang boleh mula melihat antaramuka fungsi tersebut dan juga masa yang diambil untuk antaramuka fungsi tersebut dimuat sepenuhnya.

Google Berkongsi Graf Kepantasan Fungsi “Share” Pada Android 10 Berbanding Pada Android 9

Hasil yang ditunjukkan sangat menarik. Pada 27 milisaat, 50% pengguna Android 10 boleh mula melihat antaramuka Share tersebut dibandingkan dengan 9% sahaja pengguna Android 9. Manakala pada 0.1 saat, hampir kesemua pengguna Android 10 boleh melihat sepenuhnya antaramuka Share tersebut berbanding 50% pada pengguna Android 9.

Kelajuan antaramuka Share tersebut bergantung kepada pelbagai faktor seperti bilangan aplikasi yang dipasang, jenis kandungan yang dikongsi, dan juga kelajuan animasi peranti. Namun, graf ini menunjukkan majoriti besar pengguna akan melihat peningkatan besar dalam antaramuka Share pada Android 10 berbanding Android 9.

Sumber : xda-developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY