Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (103)

Google Pixel 4a 5G Turut Diumumkan – Varian 5G Untuk Pixel 4a, Sepantas Pixel 5

Diterbitkan Oktober 1, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 1, 2020 oleh Meor Hasyim

Selain Pixel 5, Google turut memperkenalkan Pixel 4a 5G. Jika anda masih ingat, pada awal bulan Ogos, Google telah memperkenalkan Pixel 4a. Pixel 4a ini boleh dikatakan varian 5G untuk model tersebut.

Screenshot (102)

Antara naiktaraf besar berbanding Pixel 4a adalah Pixel 4a 5G menggunakan cip Snapdragon 765G yang turut sama dimuatkan dalam Pixel 5.

Dengan cip ini, ia menyokong rangkaian 5G dan mempunyai kuasa pemprosesan sedikit lebih pantas berbanding Pixel 4a.

Skrinnya juga adalah lebih besar dengan 6.2 inci OLED FHD+ berbanding 5.81 inci pada Pixel 4a. Panelnya hanyalah sekadar 60Hz dan tidak mengikut jejak Pixel 5 dengan 90Hz.

Selain Snapdragon 765G, prestasinya turut dibantu RAM 6GB dan storan dalaman 128GB.

Antara naik taraf utama lain adalah kamera. Pixel 4a 5G mempunyai konfigurasi kamera seperti Pixel 5 iaitu 12MP utama dan sudut lebar 16MP. Kamera swafoto hadapan adalah 8MP.

Screenshot (105)

Selain itu, bateri juga lebih besar dengan 3885mAh. Pengecasan 18W USB-PD turut disertakan. Berbeza dengan Pixel 5, ia tidak menyokong pengecasan tanpa wayar dan tanpa wayar berbalik.

Tambahan, tiada ciri penarafan kalis air IP68. Pixel 4a 5G juga diperbuat dari plastik bukannya aluminium seperti Pixel 5.

Google menawarkan 2 pilihan warna untuk Pixel 4a 5G iaitu Just Black dan Clearly White.

Untuk harga jualan, Pixel 4a 5G dijual pada $499 (~RM2,073) di Amerika Syarikat.

Sumber: Pixel 4a 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY