Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Efektif Cari Gambar Tanpa Latar Belakang “PNG” Pada Google Image

Cara Efektif Cari Gambar Tanpa Latar Belakang “PNG” Pada Google Image

Diterbitkan Ogos 8, 2020 ยท Dikemas kini Ogos 8, 2020 oleh Meor Hasyim

Mencari gambar tanpa latar belakang adakalanya merupakan satu pengembaraan panjang disebabkan sering tertipu dengan gambar biasa “JPEG” yang berkotak-kotak dibelakangnya.

Oleh itu, kami akan berkongsi cara yang paling efektif untuk mencari gambar “PNG” yang dapat jimatkan masa anda.

Carian

Terlebih dahulu, cari gambar yang dimahukan dalam enjin carian Google. Sebagai contoh, kami mencari gambar “Red Apple”.

Screenshot (194)
Carian “red apple” di Google Image.

Tetapan “Transparent” Pada Tools

Kemudiannya, pergi ke bahagian Tools bersebelahan menu Settings di bawah ikon kanta pembesar.

Klik pada “Color” dan pilih “Transparent”.

Screenshot (195)
Tetapan Transparent di bawah pilihan Color.

Kemudiannya, gambar akan dikemaskini semula. Kali ini, ia akan memaparkan gambar ‘transparent’ sahaja bermakna ia tiada lagi latar belakang.

Muat Turun

Untuk menyimpannya ke dalam komputer atau pun telefon, klik pada gambar yang dimahukan. Kemudiannya, klik kanan dan pilih “Save image as…“.

Screenshot (198)
“Save image as…” untuk muat turun gambar.

Selamat mencuba!

Cara Efektif Cari Gambar Tanpa Latar Belakang “PNG” Pada Google Image
Gambar tanpa latar belakang jenis PNG.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY