Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Akan Keluar Dari China Jika Tarif 25% Dikenakan Kepada Mereka

China Semakin Panas, Foxconn Dan Intel Diarah Henti Sementara Operasi

Diterbitkan Ogos 19, 2022 oleh ariff bukhari

Intel dan Foxconn dilaporkan telah diarah menghentikan sementara pengeluaran produk mereka yang terletak di dalam Wilayah Sichuan, China akibat penggunaan tenaga yang tinggi bagi sistem penyejukkan kilang itu.

Ia selepas wilayah itu mencatatkan suhu terpanasnya yang pernah direkodkan dalam tempoh 60 tahun.

Gelombang haba yang melanda wilayah itu telah mencatatkan suhu setinggi 40 darjah celsius serta kurangnya hujan sekaligus menganggu penghasilan bekalan kuasa elektrik oleh stesen janakuasa hidro yang bergantung kepada pengairan sungai.

Berkaitan

  • Kewujudan Ais Baharu Di Artik Dan Antartika Dilaporkan Semakin Perlahan
  • Gelombang Panas Landa Eropah, Afrika Dan Asia, Suhu Tertinggi Cecah 52 Darjah Celsius
  • Gelombang Panas Di UK Sebabkan Servis Awan Google Tergendala

Kilang-kilang lain yang turut menggunakan kapasiti tenaga tinggi bagi menjalankan operasi mereka termasuklah Volkswagen dan Tesla yang turut terletak di dalam wilayah itu juga telah diarahkan untuk menghentikan sementara operasi mereka.

Keadaan ini sekaligus akan menyebabkan gangguan pengeluaran bagi bekalan cip dan perkakasan-perkasan lain untuk industri-industri berkaitan di peringkat global.

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
©2026 WISER.MY