Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kewujudan Ais Baharu Di Artik Dan Antartika Dilaporkan Semakin Perlahan

Kewujudan Ais Baharu Di Artik Dan Antartika Dilaporkan Semakin Perlahan

Diterbitkan Julai 19, 2022 ยท Dikemas kini Julai 19, 2022 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada laporan terbaru oleh Pentadbiran Lautan Dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA), Antartika telah mencatatkan peningkatan suhu purata sehingga 0.87 darjah Celcius iaitu di atas suhu purata 15.5 darjah Celcius bagi abad ke-20 ini.

Catatan itu sekaligus menjadikan suhu bulan Jun 2022 sebagai suhu ke-6 tertinggi direkodkan dalam tempoh 143 tahun.

Akibatnya, kewujudan litupan ais baharu di Antartika berkurangan dengan hanya meliputi kawasan seluas 12,121,144.4 kilometer persegi sahaja pada bulan tersebut.

global-sea-ice-june-2022 1

Begitu juga dengan ais di Artik yang semakin mengecil dalam bulan Jun lalu di mana kewujudan ais baharu di Artik hanya seluas negara Sweden, Norway dan Denmark (digabungkan).

Menjadikan kewujudan ais baru Artik bagi bulan Jun sebagai yang ke-10 terkecil dalam tempoh 44 tahun.

Dalam laporan NOAA juga menunjukkan, rantau Asia dan Eropah mencatatkan suhu kedua tertinggi bagi bulan Jun.

Jepun yang sepatutnya berada dalam musim hujan pada Jun 2022 lalu jadi sebaliknya apabila negara itu dilanda gelombang panas sehingga mencatat bulan Jun terpanas sejak Jun 1875.

Sumber: noaa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY