Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bumi 3

Gelombang Panas Landa Eropah, Afrika Dan Asia, Suhu Tertinggi Cecah 52 Darjah Celsius

Diterbitkan Julai 20, 2022 · Dikemas kini Julai 20, 2022 oleh ariff bukhari

Pemerhatian Agensi Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mendapati, di dalam bulan Jun dan Julai 2022, rantau Eropah, Afrika Utara, Timur Tengah dan Asia dilanda gelombang panas sehingga mencatatkan suhu setinggi lebih daripada 40 darjah Celsius.

Malah di Iran, suhu ekstrem tertinggi yang direkodkan mencecah 52 darjah Celsius pada lewat Jun 2022 lalu.

Gabungan imej yang dihasilkan oleh Sitem Pemerhatian Bumi Goddard (GEOS)  menunjukkan suhu permukaan bumi yang tinggi.

bumi panas
Imej dari GEOS menunjukkan keadaan suhu permukaan Bumi di bahagian Hemisfera Timur pada 13 Julai 2022.

Gelombang panas yang melanda Eropah Barat telah menyebabkan berlakunya  kebakaran di Portugal, Sepanyol dan beberapa bahagian di Perancis.

Di Portugal, suhu tertinggi yang direkodkan di bandar Leiria mencecah 45 darjah Celsius sehingga mengakibatkan lebih daripada 3,000 hektar kawasan terbakar.

Manakala lebih dari separuh negara itu berada dalam status merah dengan 14 aktiviti kebakaran dikesan.

bumi 2

Gelombang panas di Itali pula telah mengakibatkan insiden runtuhan salji dan ais sehingga meragut nyawa 11 pengembara.

Di dalam China pula, sebanyak 3 gelombang panas melanda negara itu dengan merekodkan suhu mencecah 40 darjah Celcius pada 13 Julai 2022 lalu. Sekaligus suhu yang tertinggi pernah dicatat sejak tahun 1873.

Gelombang panas yang melanda China menyebabkan tar jalan mencair, merosakkan jalan sehingga merosakkan bumbung rumah.

Steven Pawson, Ketua Pejabat Model Dan Asimilasi di Pusat Angkasa Goddard NASA menyatakan, suhu panas ekstrem memberi kesan terhadap kesihatan manusia serta mengakibatkan kesan lain termasuklah kebakaran sepertimana yang berlaku di Eropah dan Afrika.

Sumber: nasa.gov

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY