Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google cloud

Gelombang Panas Di UK Sebabkan Servis Awan Google Tergendala

Diterbitkan Julai 21, 2022 oleh ariff bukhari

Google menerusi perkhidmatan storan awannya, Google Cloud memaklumkan salah satu daripada bangunan yang menempatkan sistem penyejukkan pusat data mereka terpaksa dihentikan selepas berdepan insiden kegagalan sistem.

Insiden yang berlaku di United Kingdom (UK), pada 19 Julai lalu itu walaubagaimanpun dapat diatasi pada hari yang sama juga.

Kegagalan sistem penyejukkan pelayan storan itu berpunca daripada gelombang panas yang melanda negara itu sehingga memaksa Google menutup sementara sistem penyejukkan bagi pelayan mereka sehingga menjejaskan pengguna di Eropah.

Gelombang panas itu bukan sahaja menjejaskan Google, tetapi juga Oracle dalam satu kenyataan memaklumkan turut berdepan insiden yang sama.

Oracle dalam laporannya memaklumkan, berikutan daripada suhu tinggi di Selatan UK (London), 2 unit penyejukkan pusat data mereka telah mengalami kegagalan fungsi selepas mencapai limit maksimum operasi.

Akibatnya, suhu pusat data mereka meningkat mendadak menyebabkan infrastruktur sistem perkomputeran mengambil langkah perlindungan dengan mematikan sistem komputer pusat data tersebut.

UK yang dilanda gelombang panas telah mencatatkan suhu tertinggi yang pernah direkodkan iaitu mencecah 40.2 darjah Celcius.

Sumber: oraclecloud, Google Cloud

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY