Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sdr tyert

China Memperlihatkan Dron Bersenjata, Bakal Saingi Amerika Syarikat Dan Israel

Diterbitkan Februari 11, 2018 oleh Helmi Samsuri

Pasaran dron bersenjata dunia ketika ini dimonopoli oleh dua negara, Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel.

Namun begitu, dominasi dua negara itu bakal menerima saingan dari China yang memperlihatkan dron bersenjata mereka di acara Pertunjukan Udara Singapura pada Khamis lepas.

China Memperlihatkan Dron Bersenjata, Bakal Saingi Amerika Syarikat Dan Israel

Ini merupakan kali pertama dron itu membuat penampilan umum dan terdapat laporan  ia sudah mula terbang dikawasan sekitar Afrika, Timur Tengah dan Asia Tengah.

Diberi nama sebagai Wing Loong, ia dikatakan bakal mendapat sambutan kerana dihasilkan dengan kos bernilai $5 juta, jauh lebih murah daripada sistem dron Amerika Syarikat yang bernilai $100 juta.

Penganalisis berpendapat, negara yang sudah mempunyai kelengkapan ketenteraan yang terkemuka tidak akan membeli dron China itu, sebaliknya ia akan dibeli negara yang tidak berkemampuan membeli produk dari US dan Israel.

Berdasarkan ramalan dari Jane’s by IHS Markit, Malaysia berkemungkinan mendapatkan 24 unit Wing Loong manakala Indonesia sebanyak 20 unit. Sementara itu, negara-negara lain yang turut dijangka membeli dron ini adalah Sri Lanka, Kazakhstan dan Filipina.

Wing Loong mempunyai rekaan hampir sama dengan mq-9 reaper, dron bersenjata keluaran Amerika Syarikat.

China Memperlihatkan Dron Bersenjata, Bakal Saingi Amerika Syarikat Dan Israel
mq9 – reaper keluaran Amerika Syarikat

Sumber: The Japan News

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6 Inci Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
©2026 WISER.MY