Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebab Mengapa Kirin 9000S Buat Amerika Syarikat “Tidak Senang Duduk”

China Dilapor Wajibkan Pembuat Cip Guna Sekurang‑kurangnya 50% Peralatan Buatan Tempatan

Diterbitkan Disember 31, 2025 · Dikemas kini Disember 31, 2025 oleh Amalina Athman

China dilapor mewajibkan pembuat cip menggunakan sekurang‑kurangnya 50% peralatan buatan tempatan apabila menambah kapasiti pengeluaran semikonduktor.

Peraturan ini tidak diterbitkan secara rasmi, tetapi pembuat cip yang memohon kelulusan kerajaan diarahkan membuktikan melalui tender perolehan bahawa sekurang‑kurangnya separuh daripada peralatan adalah buatan China.

Permohonan yang gagal mencapai ambang 50% biasanya ditolak, walaupun pihak berkuasa memberi kelonggaran bergantung kepada kekangan bekalan. Keperluan ini dilonggarkan untuk barisan pengeluaran cip canggih, di mana peralatan buatan tempatan masih belum tersedia sepenuhnya.

“Pihak berkuasa lebih suka jika ia jauh lebih tinggi daripada 50%. Akhirnya mereka menyasarkan kilang-kilang tersebut menggunakan 100% peralatan domestik,” kata sumber kepada Reuters.

Peraturan ini merupakan salah satu langkah penting yang diperkenalkan China untuk mengurangkan kebergantungan terhadap teknologi asing, terutama selepas Amerika Syarikat mengetatkan sekatan eksport pada 2023, termasuk larangan menjual cip AI canggih dan peralatan semikonduktor kepada negara itu.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Infrastruktur Internet China Lebih Maju, Pembayaran Kini Sokong Cermin Mata Pintar
  • AS Benarkan Nvidia Jual Cip AI H200 Ke China
  • Saham Pembuat Cip AI China Melonjak, Cabar Dominasi Nvidia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY