Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Cipta Cip Berasaskan Gentian, Tahan Dilenyek Lori 15 Tan

China Cipta Cip Berasaskan Gentian, Tahan Dilenyek Lori 15 Tan

Diterbitkan Januari 27, 2026 oleh ariff bukhari

Penyelidik dari Universiti Fudan, China telah mencipta cip gentian fleksibel yang setipis rambut manusia, sekali gus membuka lembaran baharu dalam dunia elektronik boleh pakai.

Berbeza dengan cip silikon tradisional yang keras, cip ini mampu dibengkokkan, dipintal dan diregangkan tanpa menjejaskan fungsinya.

Proses pembuatannya diinspirasikan daripada gulungan sushi: bermula dengan helaian polimer boleh regang, kemudian ditambah transistor, resistor dan kapasitor menggunakan kaedah litografi biasa.

cip fiber

Helaian itu digulung menjadi spiral berlapis senipis rambut, menghasilkan cip gentian yang tahan lasak.

Dalam ujian awal mereka, pada skala 1 milimeter, gentian itu mampu menempatkan sehingga 10,000 transistor – cukup untuk menggerakkan peranti perubatan.

Cip sepanjang satu meter pula mengandungi kira-kira 100,000 transistor, sekali gus menyamai sebuah CPU asas.

Cip gentian ini juga boleh diprogram untuk menghasilkan piksel cahaya, menjadikannya sesuai untuk aplikasi realiti maya, tekstil pintar, dan antaramuka otak-komputer.

Ia boleh memproses isyarat digital dan analog, termasuk pengenalan imej neural ringkas.

Keistimewaan cip ini bukan sahaja pada saiznya yang kecil, tetapi juga ketahanannya.

Ujian menunjukkan cip ini mampu bertahan selepas 10,000 kali dibengkokkan, dicuci, dipanaskan sehingga 100°C, malah dilenyek trak seberat 15.6 tan.

Potensi aplikasinya juga amat luas seperti pakaian pintar, sarung tangan realiti maya dengan maklum balas sentuhan, implan perubatan yang serasi dengan tisu lembut, serta antara muka otak-komputer.

Inovasi ini dijangka merevolusikan cara manusia berinteraksi dengan teknologi, menjadikan elektronik lebih mesra tubuh dan kehidupan seharian.

Kajian ini telah diterbitkan di dalam jurnal Nature.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Kita Sedang Rakus Habiskan Sumber Bumi - Pusat Data AI, Bateri EV Contoh Paling Jelas
  • Ciri 'Pelik' Windows Ini Menarik Tapi Ramai Tak Guna

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY