Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot (216)_copy

OPPO Memperkenalkan OPPO X 2021, Peranti Konsep Dengan Teknologi Paparan OLED Boleh Gulung

Diterbitkan November 17, 2020 · Dikemas kini November 17, 2020 oleh Amalina Athman

Menerusi acara OPPO INNO Day yang berlangsung pada petang ini, OPPO telah memperkenalkan beberapa teknologi baharu syarikat itu. Antaranya termasuk produk konsep OPPO X 2021 yang dibangunkan dengan panel OLED boleh gulung.

OPPO X 2021

Peranti konsep yang berukuran 6.7 inci ini boleh dikembangkan sehingga saiz 7.4 inci.

OPPO Memperkenalkan OPPO X 2021, Peranti Konsep Dengan Teknologi Paparan OLED Boleh Gulung
OPPO X 2021

Berbanding teknologi skrin boleh lipat, paparan boleh gulung ini dikatakan jauh lebih mudah untuk disesuaikan dengan keadaan kerana saiz boleh diselaraskan mengikut senario yang berbeza.

Konsep OLED boleh gulung ini juga menggunakan struktur dalaman dengan kekuatan yang konsisten menerusi Roll Motor Powertrain, plat 2 dalam 1 serta lapisan skrin Warp Track.

The #OPPOX2021 rollable OLED screen:

⚙️ Proprietary roll motor powertrain
🛡️ 2-in-1 plate
✨ Warp Track high-strength screen laminate#OPPOINNODAY20 pic.twitter.com/VXvPgMKuB1

— OPPO (@oppo) November 17, 2020

OPPO turut menyatakan dalam proses peralihan antara saiz skrin tersebut, hampir tiada kesan lipatan yang kelihatan.

Buat masa ini, OPPO X 2021 merupakan peranti konsep dan belum diketahui jika akan dikomersialkan pada masa akan datang.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY