Hugo Barra - Naib Presiden Xiaomi Global - menyatakan Mi TV4 merupakan TV pertama mereka yang menggunakan teknologi audio dari Dolby Atmos yang mana pengguna boleh merasai kualiti tontonan sama seperti kualiti di panggung wayang. TV ini hadir dengan 3 varian saiz iaitu 49, 55 dan 65 inci. Yang menariknya TV ini merupakan produk modular, yang mana pengguna boleh menaiktaraf dengan menukarkan motherboard atau komponen dalaman yang lain. Ianya seperti pengguna komputer dekstop menaiktaraf komputer mereka dengan menukarkan komponen dalaman komputer tersebut.
Mi TV4 ini akan hadir berserta dengan Mi TV Bar, 2 pembesar suara satelit tanpa wayar dan juga subwoofer. Xiaomi juga telah memperkenalkan Mi Port iaitu kabel yang akan menyambungkan Mi TV4 dengan Mi TV Bar. Dengan penyambungan ini, tontonan di Mi TV4 akan menjadi lebih jelas dan berkualiti. Tiada sebarang pengumuman harga dibuat untuk Mi TV4 ini namun Hugo Barra menjanjikan ianya akan dijual pada bawah $2,000 (RM 8,945). Xiaomi juga mengesahkan akan terdapat model Mi TV4 yang tidak menggunakan teknologi audio dari Dolby Atmos dan harganya dijangkakan berharga $1,500 (RM 6,710).
Sumber: Gadgets360
Berkaitan
- Spesifikasi OnePlus 6T Terdedah, Hadir Dengan Pengecasan DASH Yang Lebih Pantas
- Kebijaksanaan AI Telefon Pintar Kini Boleh Diukur Menggunakan Antutu AI Review
- Rekaan 3D Bagi Telefon Boleh Lipat Samsung Galaxy F Dipertonton
- Samsung Umum Pembikinan Program TV Khas Hanya Untuk VR
- Sonny Dalam Perancangan Mengeluarkan Xperia X Compact Dan Xperia XZ
- Samsung Tawarkan Panel Paparan Boleh Lipat Mereka Kepada Apple & Google
- Siri "Live Action" One Piece Didakwa Telah Tersenarai Di Netflix
- Facebook Mudahkan Pengguna Untuk Kawal Maklumat Yang Dikongsi
- Instagram Kini Telah Mencecah 600 Juta Pengguna
- Samsung Galaxy S8, Kini Berwarna Coral Blue