Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Adalah Rupa Bentuk OnePlus 8T – Panel 120Hz Dan Pengecasan 65W Lebih Laju

CEO OnePlus Sahkan Tiada Model OnePlus 8T Pro

Diterbitkan September 29, 2020 oleh Meor Hasyim

OnePlus sebelum ini telah menawarkan versi Pro untuk OnePlus 7, 7T, dan juga 8. Namun untuk OnePlus 8T, versi Pro tiada jika mengikut apa yang diura-urakan.

Hari ini, pengasas dan juga CEO OnePlus iaitu Pete Lau telah mengesahkan bahawa OnePlus 8T Pro tidak akan hadir seiring dengan pengenalan OnePlus 8T.

Menurut beliau, ketiadaan model versi Pro untuk OnePlus 8T adalah disebabkan tiada naik taraf utama yang perlu disertakan berbanding model OnePlus 8 Pro sebelumnya.

CEO OnePlus Sahkan Tiada Model OnePlus 8T Pro

Tambahan lagi, jika pengguna mahu OnePlus versi Pro, Pete Lau menyarankan mereka untuk mendapatkan model OnePlus 8 Pro sahaja.

Ini bermakna hanya 1 model sahaja yang diperkenalkan dalam siri OnePlus 8T. Ia akan dilancarkan pada 14 Oktober ini.

Ini Adalah Rupa Bentuk OnePlus 8T – Panel 120Hz Dan Pengecasan 65W Lebih Laju
Rekaan OnePlus 8T

Selain, telefon pintar, OnePlus dijangka memperkenalkan beberapa produk lain seperti fon telinga pada tarikh itu.

Mengenai OnePlus 8T, ciri menarik yang bakal hadir pada model itu adalah paparan 120Hz, Snapdragon 865, pengecasan 65W dan bateri 4,500mAh.

Sumber: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY