Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pelancaran OnePlus 8T

OnePlus 8T Sah Akan Dilancar Pada 14 Oktober Ini

Diterbitkan September 21, 2020 · Dikemas kini September 21, 2020 oleh Amalina Athman

Amazon India sebelum ini mengesahkan OnePlus 8T akan diperkenalkan tidak lama lagi, dimana OnePlus mengadakan kuiz dengan terma dan syarat menunjukkan 14 Oktober sebagai tarikh akhir pertandingan itu berlangsung. Ia dikatakan sebagai tarikh yang sama bagi pelancaran OnePlus 8T.

oneplus 8t

Sebagai tambahan, laman tersebut turut memperlihatkan OnePlus 8T akan hadir dengan varian memori 8GB RAM. Terbaru, OnePlus telah mengesahkan acara pelancaran OnePlus 8T akan berlangsung pada 14 Oktober 2020.

This time round, #UltraStopsAtNothing. Are you ready for the #OnePlus8T?

— OnePlus (@oneplus) September 21, 2020

Terdahulu, OnePlus 8T dilapor akan diperkenalkan tanpa model “Pro”. Ia dijangka akan dimuatkan skrin paparan 6.55 inci AMOLED bersama paparan berlubang dengan sensor kamera swafoto 32MP dan kadar segar semula 120Hz.

Selain itu, terdapat spekulasi yang mengatakan OnePlus 8T akan didatangkan dengan sokongan pengecasan 65W Warp Charging, kapasiti bateri 4500mAh dan sebagainya.

Dalam pada itu, bagi anda yang ingin menonton penstriman langsung pelancaran OnePlus 8T, ianya boleh dilakukan melalui https://www.oneplus.in/launch pada 10 malam, 14 Oktober 2020.

Sumber: Amazon India via GSMArena

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY