Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi Tawar 100GB Internet Percuma Dengan Tambah Nilai Minimum RM30

CelcomDigi Tawar 100GB Internet Percuma Dengan Tambah Nilai Minimum RM30

Diterbitkan September 12, 2024 · Dikemas kini September 12, 2024 oleh Amalina Athman

Semua pelanggan prabayar CelcomDigi akan menerima 100GB data internet berkelajuan tinggi percuma dengan tempoh sah tiga hari, apabila melakukan tambah nilai minimum RM30.

Menurut CelcomDigi, tawaran ini terpakai untuk tambah nilai kredit dan internet, bermula hari ini hingga 24 September 2024. Kuota 100GB percuma ini juga boleh digunakan untuk hotspot.

Untuk menikmati tawaran ini, pelanggan prabayar Celcom, Digi dan CelcomDigi boleh menambah nilai melalui mana-mana saluran yang tersedia. Antaranya termasuk aplikasi Celcom Life atau MyDigi, laman web CelcomDigi, kiosk layan diri dalam kedai, ATM, perbankan dalam talian, atau melalui PIN.

Pengguna juga boleh menambah nilai melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet, Boost, ZCITY, Shopee dan Lazada.

Untuk butiran lanjut mengenai tawaran ini, layari laman rasmi CelcomDigi.

Berkaitan

  • Perbandingan Gambar: Model Ini Ternyata Lebih Berbaloi
  • Kelajuan 5G-Advanced Dicapai CelcomDigi, U Mobile Dan ZTE Didakwa Terpantas Di Dunia Pada Masa Ini
  • CelcomDigi Diiktiraf Sebagai Liputan Rangkaian Mudah Alih Terbaik Di Malaysia
  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee

Sumber: CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY