Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi_Huawei ZTE

CelcomDigi Kerjasama Dengan Huawei, ZTE Untuk Gabungkan Rangkaian

Diterbitkan Julai 17, 2023 · Dikemas kini Julai 17, 2023 oleh Amalina Athman

CelcomDigi hari ini mengumumkan kerjasama dengan Huawei dan ZTE untuk pembelian perkhidmatan rangkaian, penyelesaian dan peralatan bagi menggabungkan dan memodenkan rangkaiannya di seluruh negara.

Ini merupakan salah satu projek pembangunan rangkaian telekomunikasi terbesar di negara setelah penggabungan Celcom dan Digi pada tahun lalu.

Berkaitan

  • CelcomDigi Mulakan Program Integrasi, Modenkan Rangkaian 4G
  • CelcomDigi: 5G Booster Percuma Bagi Pascabayar Diteruskan, Prabayar Dikenakan Caj
  • CelcomDigi Fibre Kini Hadir Dengan Pelan Langganan Lebih Pantas, Sehingga 1Gbps

Di bawah kerjasama ini, CelcomDigi akan menggunakan Rangkaian Akses Radio (RAN) di seluruh negara dengan teknologi terkini daripada perkhidmatan kejuruteraan Huawei dan ZTE. Ia akan melibatkan kerja penambahbaikan dan gabungan hampir 25,000 tapak Celcom dan Digi sedia ada di seluruh negara.

Penyelesaian teknologi ini akan memanfaatkan spektrum sedia ada CelcomDigi, menggunakan Tri-band Radio Units, Dualband Radio Units serta Baseband Radio Units yang terkini.

Selain itu, Huawei dan ZTE juga akan menguruskan projek network densification serta kerja menaik taraf tapak dengan teknologi Dual Band Massive MIMO 32T32R yang boleh meningkatkan kapasiti rangkaian.

Gabungan rangkaian CelcomDigi akan tertumpu kepada usaha memperluaskan liputan dan kapasiti, serta menaik taraf tapak dengan teknologi 4G dan 5G terkini.

Sumber: CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY