Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CelcomDigi Fibre_

CelcomDigi Fibre Kini Hadir Dengan Pelan Langganan Lebih Pantas, Sehingga 1Gbps

Diterbitkan Jun 28, 2023 · Dikemas kini Jun 28, 2023 oleh Amalina Athman

Pada Mac lalu, CelcomDigi telah memperkenal pelan langganan jalur lebar fiber dengan tiga pilihan langganan iaitu 50Mbps, 100Mbps dan 300Mbps pada harga bermula RM75/sebulan.

Terbaharu, CelcomDigi Fibre kini hadir dengan pelan langganan lebih pantas, sehingga 1Gbps. Terdapat tiga pilihan baharu iaitu 500Mbps, 800Mbps dan 1Gbps sebagai penambahan kepada pilihan langganan sedia ada.

Berkaitan

  • CelcomDigi Fibre Diperkenal, Harga Bermula RM75/Sebulan
  • CelcomDigi: 5G Booster Percuma Bagi Pascabayar Diteruskan, Prabayar Dikenakan Caj

Pelan CelcomDigi Fibre 500Mbps, 800Mbps dan 1Gbps masing-masing ditawarkan pada harga langganan RM219, RM299 dan RM319 sebulan. 

CelcomDigi Fibre_1

Namun, CelcomDigi menyediakan rebat sehingga RM50 kepada pengguna pascabayar sedia ada Celcom atau Digi, untuk sepanjang tempoh kontrak perkhidmatan selama 24 bulan.

Dengan itu, pelan 500Mbps, 800Mbps dan 1Gbps bagi pengguna sedia ada masing-masing tersedia pada harga langganan bermula RM169, RM249 dan RM269 sebulan.

Semua pelan langganan akan menerima pemasangan dan penghala Wi-Fi 6 secara percuma, serta panggilan tanpa had kesemua rangkaian.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelan langganan CelcomDigi Fibre, layari laman web rasmi CelcomDigi.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MR D.I.Y. Perkenal 13 Perkakas Rumah Baharu, Harga Bermula RM27.90
  • OPPO Perkenal ColorOS 17 Secara Global - Bawa Ciri AI Baharu, Prestasi Lebih Lancar, Keselamatan Dipertingkatkan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM100
  • Kos DRAM Dan Storan SSD Kini Sumbang Hampir 40% Harga Sebuah PC
  • NEXAL Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Perkenal Tablet NEXAL Pad Berharga RM1,099
  • MyDigital ID Nafi Guna Teknologi Blockchain Pihak Ketiga
  • HONOR 600S 5G Kini Dijual Di Malaysia, Bateri 8,100mAh Pada Harga RM1,299
  • CMF Perkenal Speaker S Dan Speaker M, Bateri Sehingga 18 Jam
©2026 WISER.MY