Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
celcomdigi 4

CelcomDigi Mulakan Program Integrasi, Modenkan Rangkaian 4G

Diterbitkan Jun 1, 2023 · Dikemas kini Jun 1, 2023 oleh Amalina Athman

CelcomDigi kini telah memulakan program berskala penuh untuk mengintegrasi dan memodenkan rangkaian 4G dengan teknologi LTE dan 5G yang terkini.

Berkaitan

  • CelcomDigi Ungguli Sebagai Penyedia Perkhidmatan Paling Bertambah Baik 2023 Di Malaysia - Opensignal
  • CelcomDigi Tawar Telefon Dan Internet 5G Percuma Bagi Pelan Prabayar Dan Pascabayar

CEO Datuk Idham Nawawi berkata pelancaran projek rintis telah bermula di lima kawasan termasuk Sitiawan, Rawang, Bercham, Port Dickson dan Kuantan.

Rangkaian digital baharu itu dibina atas dua rangkaian sedia ada yang kukuh, dengan gabungan 96.4% untuk 4G LTE dan 90.3% 4G LTE-A.

CelcomDigi akan mengintegrasi dan memodenkan rangkaian mengikut kawasan, dengan menumpukan kepada perluasan liputan dan kapasiti, menaik taraf tapak dengan teknologi terkini 4G dan 5G seperti Multiple-Input Multiple-Output (MIMO) dan Unit Jarak Jauh Radio (RRU) berbilang jalur.

Bagi meningkatkan liputan dan mutu perkhidmatan dalam ruang tertutup, CelcomDigi juga akan memperluas penggunaan spektrum 900Mhz yang melibatkan 18,000 tapak di seluruh negara.

Selain itu, rangkaian baharu tersebut turut dibangunkan agar mampu beralih dengan lancar ke rangkaian 5G baharu dengan capaian 18,000 tapak.

Sumber: CelcomDigi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY