Menerusi pelan tersebut, pelanggan berpeluang menikmati tawaran satu tiket penerbangan ke destinasi di sekitar ASEAN atau mendapatkan tawaran bulanan berupa tiket wayang GSC, diskaun tambang Grab, baucar 11Street, App Store dan PlayStore.
Untuk pelanggan First Platinum dan First Platinum Plus dengan kontrak 12 bulan, anda akan ditawarkan:
- Satu tiket penerbangan pergi dan balik ke salah satu 9 negara Asean atau
- Pilih dua sahaja tawaran untuk setiap bulan - Percuma 1 tiket wayang GSC, baucar beli-belah RM10 11Street, percuma dua perjalanan Grab bernilai RM5 setiap satunya, baucar RM10 Tealive, rebat RM10 AppStore, rebat RM10 PlayStore.
Selain itu, pelanggan kedua-dua pelan ini turut menikmati percuma perayauan internet di 9 negara Asean yang dikunjungi, percuma Anyday GB, dan percuma akses premium untuk iflix dan Yonder Music.
Tidak dilupakan untuk pelanggan First Gold, First Gold Plus dan First Gold Supreme dengan kontrak 12 bulan, pilihan disediakan seperti berikut:
- Satu tiket penerbangan pergi dan balik ke destinasi dalam Malaysia atau
- Pilih satu sahaja tawaran setiap bulan - Percuma 15 video Walla, baucar RM10 11Street, percuma dua perjalanan Grab bernilai RM5 setiap satunya, baucar RM10 Tealive, rebat RM10 AppStore, rebat RM10 PlayStore.
Keistimewaan lain adalah percuma Anyday GB, dan akses premium iflix serta Yonder Music.
Ganjaran ditebus menggunakan aplikasi MyCelcom, Myservices> Lifestyle Privileges. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Celcom.
Tawaran ini layak dinikmati oleh pelanggan baru dan sedia tetapi dengan syarat, tidak terikat dengan sebarang kontrak. Pelanggan perlu lawati Celcom Blue Cube atau rakan rasmi Celcom diseluruh negara dan mendaftar kontrak 12 bulan tanpa sebarang cas tambahan dan berpeluang menebus ganjaran terbaru ini.
Sekiranya pelanggan terikat dengan kontrak dari Celcom, kontrak itu perlu dibatalkan untuk memberi laluan pendaftaran kontrak 12 bulan yang baru. Bayaran penalti juga akan dikenakan untuk pendaftaran baru itu.
Sumber: SoyaCincau
Berkaitan
- Huawei MatePad Pro Akan Dipasarkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi
- Teknologi Telekomunikasi Generasi Terkini Di Malaysia Bakal Dapat Pelaburan Besar
- Dapatkan iPhone SE Dengan Harga RM 288 Menerusi Pelan FIRST Platinum Dari Celcom
- Adakah realme X50 5G Akan Dibawa Ke Pasaran Malaysia?
- Kementerian Pertahanan Malaysia Larang Warga ATM Guna Tik Tok
- Black Shark Magnetic Cooler Kini Di Malaysia Dengan Harga RM219
- RM 5149 - Harga Permulaan iPhone X Untuk Pasaran Malaysia
- Pos Malaysia Mula Guna E-Nota Konsainan Bermula 17 Ogos Ini
- OPPO F9 Kini Rasmi Mendarat Di Malaysia - Pengecasan Pantas VOOC Dan Dijual Pada Harga RM1399
- REDMAGIC 4K Gaming Monitor 27" MINI LED Masuk Malaysia, Akan Dijual Pada Harga RM3,999