Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adakah realme X50 5G Akan Dibawa Ke Pasaran Malaysia?

Adakah realme X50 5G Akan Dibawa Ke Pasaran Malaysia?

Diterbitkan Januari 9, 2020 ยท Dikemas kini Januari 9, 2020 oleh Helmi Samsuri

Tanggal 7 Januari yang lepas merupakan satu permulaan bagi realme dalam bergerak ke era 5G melalui pelancaran realme X50 5G.

Adakah realme X50 5G Akan Dibawa Ke Pasaran Malaysia?

Merupakan telefon pintar 5G pertama bagi realme, ia memberi gambaran bahawa walaupun masih “muda” dipasaran, jenama itu tidak mahu ketinggalan bersaing dengan nama-nama besar yang lain.

Ditanyakan sama ada peranti ini akan ditawarkan ke pasaran lain seperti di rantau Asia Tenggara, ia bergantung kepada perkembangan 5G di negara itu sendiri.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran realme, Chase Xu menyatakan penawaran realme X50 di Asia Tenggara adalah berdasarkan ekosistem rangkaian 5G.

Adakah realme X50 5G Akan Dibawa Ke Pasaran Malaysia?

Pelaksanaan 5G di Malaysia, Indonesia, Thailand dan negara jiran yang lain masih lagi berada dalam fasa awal dan belum meluas. Namun begitu, sekiranya rangkaian generasi kelima sudah berkembang di rantau ini, realme mahu menjadi pengeluar terawal yang menyediakan produk tersebut.

Selain itu, ia bukan hanya bergantung kepada rangkaian 5G sahaja malah melibatkan beberapa faktor. Antaranya seperti faktor permintaan, pengendali rangkaian, strategi pemasaran serta lain-lain yang berkaitan.

Berdasarkan apa yang dikongsi oleh realme ini, nampaknya realme X50 tidak akan menjengah pasaran negara dalam masa terdekat. Kita memerlukan masa lagi untuk menikmati produk 5G realme. Namun begitu, realme menyatakan sekiranya rangkaian 5G sudah dikomersialkan, mereka bakal menjadi yang terawal dalam menyediakan penawaran peranti 5G di rantau ini termasuk Malaysia. Ini menunjukkan bahawa realme sudah bersedia untuk membawa pengguna pasaran lain ke dalam dunia 5G.

Pelan realme dalam menghadapi 5G juga bukan sekadar melalui telefon pintar, dimana lebih banyak variasi produk akan ditawarkan akan datang. Seperti contoh penawaran fon telinga, gelang tangan pintar, TV dan peranti berasaskan AIoT yang lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY