Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
REDMAGIC 4K Gaming Monitor 27″ MINI LED Masuk Malaysia, Akan Dijual Pada Harga RM3,999

REDMAGIC 4K Gaming Monitor 27″ MINI LED Masuk Malaysia, Akan Dijual Pada Harga RM3,999

Diterbitkan Mac 27, 2023 oleh Helmi Samsuri

REDMAGIC bukanlah nama yang asing dalam kalangan kita pengguna telefon pintar. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang gemar bermain permainan mudah alih.

Sudah sedia menembusi hati peminat Malaysia melalui telefon pintar gaming, kini buat julung kalinya REDMAGIC memperkenalkan pula gaming monitor  di pasaran tanah air.

REDMAGIC 4K Gaming Monitor_KV with KSP

Dikenali sebagai REDMAGIC 4K Gaming Monitor, ia hadir dengan paparan berukuran 27 inci bersama kadar segar semula 160Hz.

Panel dari jenis IPS LCD ini dilengkapkan dengan resolusi 3840 x 2160 (UHD), serta memiliki lebih dari 2,000 mini LED dengan 1,152 bahagian pencahayaan.

REDMAGIC 4K Gaming Monitor 27″ MINI LED Masuk Malaysia, Akan Dijual Pada Harga RM3,999

Dijanjikan dengan penghasilan warna dan prestasi visual yang baik, monitor ini turut mempunyai kebolehan digunakan secara menegak atau mendatar. Bermaksud pengguna boleh memusingkannya sehingga 90′ darjah.

REDMAGIC 4K Gaming Monitor_KV with Price

Dari segi sambungan, anda disediakan dengan 2X HDMI2.1, 1X DP1.4 (DP 48-160Hz), 1X USB-C (pengecasan berbalik 90W, transmisi video, transmisi data), 2x USB-A 3.0, 1x USB-B, bicu audio dan 1x AC/DC.

Berkaitan

  • 5 'Game' PC Menarik Yang 'Confirm' Hadir Untuk Telefon Pintar
  • 12 Jenama Telefon Pintar Ini Sudah Menyokong Rangkaian 5G Di Malaysia
  • RedMagic 7S Pro Bermula RM3,999, Telefon 'Gaming' Skrin Penuh Tanpa Takuk Dan Lubang

Bagi yang berminat, REDMAGIC 4K Gaming Monitor Mini-LED ini dijual secara eksklusif di kedai rasmi REDMAGIC di Shopee pada harga RM3,999. Untuk makluman, jualan gaming monitor ini akan bermula pada 4 April hadapan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY