Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pos Malaysia Mula Guna E-Nota Konsainan Bermula 17 Ogos Ini

Pos Malaysia Mula Guna E-Nota Konsainan Bermula 17 Ogos Ini

Diterbitkan Julai 22, 2020 oleh Helmi Samsuri

Bagi memudahkan urusan orang ramai dalam mengisi informasi berkaitan pengeposan, POS Malaysia hari ini mengumumkan perkhidmatan e-Nota Konsainan.

Bakal dimulakan pada 17 Ogos ini, isian maklumat boleh dibuat secara dalam talian yang tersedia melalui aplikasi mudah alih POS Malaysia.  Menurut POS Malaysia, pelanggan “walk-in” boleh mencetak sendiri nota konsainan tersebut di cawangan Pos Laju atau kiosk.


Dengan adanya perkhidmatan ini, tiada lagi keperluan untuk pengguna mengisi maklumat secara manual selain memudahkan penjejakan dan pengesanan barang yang hendak dipos.

Aplikasi POS Malaysia ditawarkan untuk kedua-dua platform telefon pintar Android serta iOS dan muat turut boleh dibuat melalui imbasan kod QR dibawah atau terus sahaja ke pautan ini (Google Play Store dan App Store).

Screenshot 2020-07-22 at 7.12.59 PM

Sekali lagi diingatkan bahawa perkhidmatan e-Nota Konsainan hanya akan dimulakan pada 17 Ogos depan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY