Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teknologi Telekomunikasi Generasi Terkini Di Malaysia Bakal Dapat Pelaburan Besar

Teknologi Telekomunikasi Generasi Terkini Di Malaysia Bakal Dapat Pelaburan Besar

Diterbitkan September 1, 2020 oleh Helmi Samsuri

Malaysia sudah sedia mengadakan demonstrasi mengenai kes kegunaan 5G sejak tahun lalu lagi dan sehingga kini, ia sudah mencecah 71 projek. Menurut laporan Bernama, Menteri Komunikasi dan Multimedia menyatakan kes kegunaan tersebut dilaksanakan di 7 buah negeri seperti Kedah, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan.

Selari dengan usaha untuk membawa Malaysia berstatus negara berpendapatan tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah menyatakan bahawa negara akan melakukan pelaburan besar pada teknologi komunikasi terkini dan lain-lain lagi.

Antara syarikat pengendali yang terlibat dalam demonstrasi kes kegunaan  adalah Celcom, Digi, edotco, Maxis, Petronas, Telekom Malaysia, U Mobile dan YTL. Turut sama menjayakannya ialah rakan kongsi ekosistem mereka seperti kementerian, agensi, penyedia penyelesaian digital dan lain-lain.

Dalam laporan yang sama, Datuk Saifuddin memberitahu bagi memastikan pelaksanaan 5G lebih efisien dan berkesan, negara kini sedang mempercepatkan penambahbaikan terhadap sambungan gentian optik dan 4G.

Laporan penuh di Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY