Cara Untuk Gunakan Pengecasan Tanpa Wayar Berbalik Pada Siri Galaxy S10

Antara ciri yang terdapat pada siri Galaxy S10 (S10+, S10, S10e) adalah Wireless Power Share. Melaluinya, anda dapat mengecas peranti lain secara tanpa wayar dengan hanya melekapkannya pada panel belakang peranti S10 terbabit. Peranti yang hendak dicas itu juga perlu mempunyai sokongan Qi Wireless.

Anda memiliki salah satu dari Galaxy S10 dan masih belum mengetahui cara menggunakan ciri ini? Mari ikuti langkah dibawah.

1. Pergi ke ruang menu tetapan dan notifikasi dengan cara tarik ke bawah pada skrin.

2. Cari simbol Wireless PowerShare dan aktifkannya.



3. Letakkan peranti yang ingin dicas pada panel belakang Galaxy S10, tekan OK dan ia akan terus dicas masuk.



Kami cuba mengecas Galaxy S10 menggunakan Galaxy S10+ dan hasil keputusan seperti dibawah:

  • 10 minit – 5%

  • 20 minit – 9%

  • 30 minit – 14%

  • 60 minit – 28%


Tidak dapat melakukan pengecasan tanpa wayar berbalik?

Ini mungkin kerana Galaxy S10 anda hanya mempunyai baik kuasa kurang dari 30%. Selain itu, anda boleh cuba buka sarung pelindung jika proses pengecasan tidak berjalan.

Samsung menyatakan ciri ini mungkin tidak berfungsi pada beberapa aksesori, sarung pelindung atau peranti dari pengeluar lain. Juga dinyatakan kelajuan pengecasan mungkin berbeza bergantung kepada keadaan peranti atau persekitaran.

Berkaitan