*Kemaskini: Menjawab Kemusykilan Permohonan Permit Pergerakan Rentas Negeri Di Aplikasi Gerak Malaysia

Perjalanan perlu dilakukan mengikut hari yang ditetapkan pada permit pergerakan yang diluluskan sahaja.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa permohonan bagi Permit Pergerakan Melalui Aplikasi Mudah Alih “Gerak Malaysia” Di Bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah boleh dipohon bermula hari ini (26 April 2020).

Ia dimaklumkan sendiri oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam satu kenyataan media PDRM awal hari ini.

PDRM menegaskan, permohonan permit pergerakan ini hanyalah bagi mereka yang terkandas di kampung selepas sebaik sahaja PKP diumumkan. Iaitu bagi mereka yang ingin pulang ke kediaman sendiri atau tempat bekerja.

Permohonan boleh dibuat mulai jam 12.01 pagi, 26 April 2020 hingga  29 April 2020.

IKLAN

Permohonan boleh dibuat menerusi aplikasi GERAK Malaysia yang boleh dimuat turun dari Google Play Store atau Huawei AppGallery (untuk pengguna Android) dan Apple App Store (untuk pengguna peranti iOS).

Berikut adalah cara memohon permit pergerakan rentas negeri menerusi aplikasi GERAK Malaysia:-

  1. Masukkan nombor telefon.

2. Masukkan kod pengesahan

 

3. Masukkan butiran peribadi

 

4. Tap pada butang YES

 

5. Tap pada butang GENERATE QR CODE

Pastikan aplikasi Gerak Malaysia sentiasa aktif.

 

6. Pilih pilihan Interstate Travel

Pengguna juga boleh membuat permohonon bagi pergerakan lain.

7. Selesai

PDRM juga memberikan perancangan pergerakan untuk pemohon bergerak pulang mengikut negeri masing-masing.

Berikut adalah jadual perjalanan yang telah dirancangkan oleh PDRM:-

  1. 1 Mei 2020 – Perak, Johor, Kelantan
  2. 2 Mei 2020 – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
  3. 3 Mei 2020 – Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu

PDRM menegaskan, perjalanan perlu dilakukan mengikut hari yang ditetapkan pada permit pergerakan yang diluluskan sahaja.

Sumber: PDRM