Bukan sahaja merimaskan, ia turut dikhuatiri terkandung dengan perisian hasad, bertujuan mengumpan pengguna memberikan maklumat peribadi dan lain informasi penting.
Walaupunbegitu, terdapat cara yang boleh digunakan untuk menyekat iklan pop-up ini dari mengganggu keselesaan pengguna ketika menggunakan telefon pintar.
Berikut merupakan lcadangan yang boleh diikuti.
Android
1. Gunakan pelayar internet Opera
2. Pasang Adblock Browser
3. Sekat iklan pop-up di pelayar Chrome
- Buka aplikasi Chrome
- Tekan tiga titik bertindih disebelah penjuru atas kanan, pilih Settings
- Pilih Site Settings > Pop-ups
- Tekan Block
4. Gunakan mod Data Saver
Mod ini meminimakan paparan pada peranti pintar dan ia menawarkan pelayaran internet yang lebih lancar dan ringan bertujuan untuk mengurangkan penggunaan data internet.
Caranya adalah...
- Tekan tiga titik bertindih pada penjuru atas kanan,
- Pilih Settings, dan hidupkan Data Saver.
iOS
1. Untuk menghentikan semua bunyi, badges, dan isyarat pop-up.
- Pergi ke Home Screen. Tekan Settings > Notifications > Show Previews >Never
2. Jika mahu menghentikan pop-up hanya pada aplikasi tertentu
- Pilih aplikasi itu
- Settings > Notifications > On/Off
3. Sekat pop-up pada Safari
- Settings > Safari > Block
*Tips ini dipetik dari Consumer Forum Malaysia (CFM). Sekiranya anda mempunyai masalah yang belum selesai berkaitan talian mudah alih, walaupun sudah membuat aduan kepada syarikat telco, anda boleh memanjangkan perkara tersebut ke [email protected] atau talian hotline di 1800-18-2222.
Berkaitan
- HONOR Band 7 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM199
- Berharga RM499, FreeYond F9 Rasmi Di Malaysia
- Mi Malaysia Akan Melancarkan Redmi 5 (2GB+16GB) 23 Februari Ini
- Perhatian Pengguna Black Shark, Ada Dua Aksesori Gaming Baru Sudah Mula Dijual Di Malaysia
- Gedung Dalam Talian Rasmi OnePlus Sudah Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia
- ASUS Zenfone 3 Deluxe Kini Memasuki Pasaran Malaysia
- SKMM Kongsikan Kaji Selidik Aktiviti Internet Pengguna Malaysia
- realme Watch 2 Pro Mula Dijual Di Seluruh Malaysia 29 Mei Ini
- Vivo V15 Pro Kini Rasmi Untuk Pasaran Malaysia, Dijual Pada Harga RM1799
- Satu Lagi Telefon Gaming Nak Masuk Malaysia 13 Julai Ini