Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Cara Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak, Dapat Keutamaan Layanan

Posted on Mei 12, 2022Mei 13, 2022

Di saat kita masih lagi dalam musim Hari Raya Aidilfitri, tentunya anak-anak anda telah terima banyak duit raya jadi tersangatlah penting untuk anda menyimpan di dalam akaun simpanan Tabung Haji.

Kenapa penting? Tabung Haji dikenali dengan simpanan yang dijamin selamat dengan pulangan yang memuaskan.

Kalau anda sudah mendaftar akaun untuk anak anda, tahniah.

Tetapi kalau belum, teruskan membaca untuk ketahui cara mudah untuk membuka akaun simpanan Tabung Haji untuk anak-anak anda.

Cara buka akaun Tabung Haji untuk anak secara dalam talian

Langkah 1: Muat turun aplikasi THiJARI atau layari https://www.thijari.com.my.

  • Muat turun aplikasi THiJARI di App Store
  • Muat turun aplikasi THiJARI di Play Store

Langkah 2: Pilih ‘Pembukaan Akaun Kanak-Kanak’ di aplikasi.

tabung haji anak

Langkah 3: Isi butiran yang diperlukan dengan lengkap. Selepas selesai isi, anda akan terima e-mel pengesahan.

tabung haji anak

Langkah 4: Pergi ke cawangan Tabung Haji terdekat, bawa dokumen-dokumen berikut untuk pengesahan:

  1. MyKad ibu/bapa.
  2. MyKid anak.
  3. Surat beranak anak.

Setelah pegawai yang bertugas memberi pengesahan, anda selesai membuka akaun simpanan untuk anak anda.

Anda digalakkan untuk membuka akaun secara online kerana keutamaan layanan akan diberikan berbanding pembukaan secara fizikal di kaunter.

Selamat menyimpan di Tabung Haji!

Baca juga:

  • Cara Untuk Pantau Dan Kawal Anak Menggunakan TikTok
  • Perbandingan Antara 5 Platform Penstriman Terkenal Di Malaysia
  • Ini Cara Terpaling Mudah Untuk ‘WhatsApp’ Diri Sendiri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress