Sebelum wujudnya platform penstriman di Malaysia, kita bergantung dengan laman web ‘haram’ untuk menonton filem dan rancangan terbaru di pasaran.
Kini dengan adanya platform penstriman, banyak pilihan yang ditawarkan untuk kita menikmati filem dan rancangan kegemaran.
Bahkan di Malaysia sahaja, lebih 10 platform penstriman yang tersedia dan setiap platform tentunya menawarkan pakej yang berbeza.
Oleh itu, untuk membantu anda membuat pilihan terbaik, berikut adalah perbandingan antara 5 platform penstriman paling terkenal di Malaysia.
1. Netflix
Netflix seperti semua tahu boleh dikatakan platform penstriman paling terkenal di seluruh dunia, yang dilancarkan di Amerika Syarikat sejak akhir 1990-an.
Platform ini menawarkan pelbagai rancangan TV tempatan dan antarabangsa yang memenangi anugerah, filem, anime, berita, dokumentari dan banyak lagi.
Jemput rujuk gambar di bawah untuk ketahui pakej serta butiran yang ditawarkan.
2. Disney+ Hotstar
Disney+ Hotstar baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada bulan Jun tahun lepas.
Di platform ini, anda akan dapat menonton filem-filem Disney dalam resolusi Ultra HD 4K dengan audio Dolby Vision dan Dolby Audio.
Ini termasuk siri filem Star Wars, The Clone Wars, katalog Marvel Cinematic Universe, dan banyak lagi.
Berbeza dengan Netflix, harga langganan Disney+ Hotstar ialah RM54.90 untuk 3 bulan. Ini bermakna, anda akan dicaj setiap tiga bulan dengan harga tersebut dan hanya 2 peranti sahaja dibenarkan di bawah satu akaun.
3. Viu
Viu antara platform yang paling mampu milik iaitu hanya RM12.90 sebulan atau anda juga boleh menonton secara percuma tapi dengan iklan.
Perkhidmatan ini sudah ada sejak tahun 2015 lagi dan berasal dari Hong Kong. Viu terbukti terkenal di Malaysia terutamanya dalam kalangan peminat drama Korea.
Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk harga pakej yang ditawarkan oleh Viu.
4. WeTV
Dulu dikenali sebagai iflix, WeTV juga menawarkan harga yang sangat murah bermula dari RM11.90 sebulan.
WeTV menawarkan filem dan siri kebanyakan dari Asia seperti Cina, Indonesia dan Malaysia.
Rujuk gambar di bawah untuk pakej langganan WeTV.
5. HBO GO
HBO GO pada awalnya dilancarkan hanya untuk pelanggan Astro sebagai sebahagian daripada ‘Movie Pack’ Astro.
Kini, HBO GO sudah tersedia buat semua dan boleh dilanggan secara dalam talian pada peranti iOS dan Android pada harga RM34.90 sebulan atau RM69.90 untuk tiga bulan.
Sumber: Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, WeTV, HBO GO
Baca juga: